Harian Metro

‘Saya lapor kerana bimbang keselamata­n’

-

Kuantan: “Memang saya buat laporan kerana bimbang keselamata­n anak, tetapi mungkin tidak mengambil tindakan selanjutny­a selepas ada maklumat bercanggah daripada saksi yang juga kanak-kanak.

“Saya tidak mahu menyusahka­n mana-mana pihak termasuk polis. Harap padam laporan polis yang tular bagi mengelakka­n kekeliruan,” kata bapa kepada dua kanak-kanak didakwa didatangi dua lelaki bertopeng di rumah mereka di Tanjung Pasir, Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh di sini, kelmarin.

Lelaki berusia lingkungan 30-an yang enggan dikenali itu berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dibuatnya yang tular di media sosial.

Laporan polis yang tular itu berhubung kejadian dua lelaki bertopeng menghampir­i tiga kanak-kanak berusia antara empat hingga tujuh tahun termasuk dua anaknya dalam kejadian jam 5 petang kelmarin.

Menerusi laporan polis yang tular itu, pengadu yang baru terjaga daripada tidur didatangi anak jirannya kemudian memaklumka­n mereka melihat dua kereta warna putih dan hitam ketika bermain di beranda.

Kemudian keluar dua lelaki bertopeng dengan seorang daripada mereka bersenjata­kan pisau.

Dua lelaki berkenaan didakwa memanggil tiga kanak-kanak berkenaan supaya datang kepada mereka.

Seorang daripada anak pengadu dikatakan mahu pergi kepada dua lelaki terbabit, namun dihalang anak jirannya dengan mencubitny­a.

Jeritan anak pengadu menyebabka­n dua lelaki berkenaan bergegas meninggalk­an lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali mengesahka­n pihaknya menerima laporan dibuat bapa kepada dua kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, polis sedang melakukan siasatan bagi memastikan kejadian benar-benar berlaku atau sebaliknya.

“Saya sahkan menerima laporan dan polis sedang menyiasat perkara ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Manakala, penduduk kampung berkenaan ketika ditemui mengakui mendengar khabar angin mengenai kejadian didakwa.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, perkara itu menjadi bualan selepas laporan polis dibuat bapa dua kanak-kanak berkenaan tular di media sosial.

“Tidak pula kecoh semalam (kelmarin) ketika kejadian itu dilaporkan berlaku, saya pun mengetahui­nya selepas membaca laporan polis tular di media sosial,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia