Harian Metro

Roha antara 4 penjenayah ditahan

-

Empat penjenayah termasuk seorang wanita dikenali sebagai Roha dicekup kerana disyaki terbabit dalam kejadian mencuri buah kelapa sawit di sebuah ladang di Kampung Bukit Tok Bat, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 6.15 petang, mangsa berusia 26 tahun yang ke ladang kelapa sawit milik bapanya berasa curiga selepas melihat sebuah motosikal Yamaha Lagenda warna putih di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superinten­dan Mohd Adli Mat Daud berkata, lelaki berkenaan mengesyaki motosikal berkenaan digunakan pihak terbabit dalam aktiviti mencuri buah kelapa sawit di kampung berkenaan.

“Berikutan itu, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang menghubung­i beberapa rakannya dan meminta bantuan mereka untuk mengesan pemilik Yamaha Lagenda itu.

“Ketika melakukan pemeriksaa­n jam 6.35 petang, mangsa dan rakannya menemui kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaiki tiga lelaki tidak dikenali serta wanita dikenali sebagai Roha,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia