Harian Metro

Mungkin tangan kena potong

- Amran Yahya cnews@nstp.com.my

 Pemuda hampir putus asa bengkak di bahu membesar selepas kemoterapi

“Panas disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bengkak pada bahu kiri saya yang diharap sembuh sepenuhnya selepas menjalani rawatan namun sebaliknya berlaku apabila ia kembali membesar,” kata pesakit kanser tulang, Mohd Shafuan Nor Azhar, 20.

Mohd Shafuan yang menderita penyakit itu sejak tahun lalu berkata, dia menjalani rawatan kemoterapi sehingga bengkak pada bahunya kelihatan mengecil.

“Malangnya, selepas dua bulan menjalani rawatan, ia kembali membesar menyebabka­n saya seolah-olah putus harapan untuk meneruskan rawatan,” katanya.

Bercerita mengenai penyakit itu, Mohd Shafuan berkata, dia berasa sakit pada bahu kiri sebelum membengkak dengan saiz luar biasa sehingga tidak boleh tidur dan terpaksa ke Hospital Jelebu, pada Julai tahun lalu.

“Memandangk­an keadaan saya semakin kritikal ketika itu, saya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaa­n pakar.

“Doktor melakukan imbasan sebelum saya disahkan menghidap kanser tulang dan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kali bermula Ogos hingga November tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Rotan, di sini, semalam.

Katanya, sejak menjalani kemoterapi perubahan ketara berlaku ke atas dirinya apabila saiz bengkak itu semakin mengecil dan badan menjadi lebih ringan.

“Ketika itu, keluarga menzahirka­n rasa syukur dan mereka mengharapk­an saya pulih seperti sedia kala.

“Bagaimanap­un, sangkaan kami meleset apabila pada awal Januari lalu, bahu kiri saya kembali membesar. Lebih merumitkan apabila saya terpaksa menggunaka­n bantal sebagai alas untuk mengurangk­an rasa sakit ketika duduk dan berjalan,” katanya.

Katanya, dia pernah patah semangat untuk meneruskan rawatan biarpun pihak hospital menasihati­nya terus berbuat demikian.

“Doktor beritahu kemungkina­n tangan kiri saya terpaksa dipotong tetapi saya belum membuat keputusan kerana ia berat untuk saya lakukan.

“Keluarga banyak memberi dorongan dan semangat supaya saya kuat. Saya juga mencuba pelbagai rawatan lain termasuk tradisiona­l untuk menyembuhk­an penyakit ini,” katanya.

Harian Metro pada 12 Julai tahun lalu melaporkan kisah Mohd Shafuan yang berhasrat membantu keluargany­a terpaksa berhenti kerja disebabkan menghidap penyakit misteri.

 ?? Mohd Shafuan ?? SALMI Shafie memeriksa bahu kiri anaknya, Mohd Shafuan sebelum menerima rawatan kimoterapi kerana menghidap barah tulang. Doktor melakukan imbasan sebelum saya disahkan menghidap kanser tulang dan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kali bermula Ogos hingga November tahun lalu”
Mohd Shafuan SALMI Shafie memeriksa bahu kiri anaknya, Mohd Shafuan sebelum menerima rawatan kimoterapi kerana menghidap barah tulang. Doktor melakukan imbasan sebelum saya disahkan menghidap kanser tulang dan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kali bermula Ogos hingga November tahun lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia