Harian Metro

Tujuh peniaga dikompaun langgar peraturan

-

Tindakan tujuh peniaga mengambil kesempatan meraih keuntungan lebih sempena cuti Tahun Baharu Cina memakan diri apabila mereka dikenakan kompaun oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kelmarin.

Tindakan itu masingmasi­ng empat kes membabitka­n penggunaan alat timbang tamat tempoh dan tiga kes tidak meletakkan tanda harga.

Perkara itu dikesan sepasukan 60 pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor yang menjalanka­n pemeriksaa­n menyeluruh di premis perniagaan di negeri ini pada hari pertama perayaan berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, pemeriksaa­n itu bertujuan memastikan bekalan barangan asas mencukupi bagi kegunaan pengguna terutama ketika cuti umum.

“Selain itu, kita mahu semua peniaga mematuhi harga siling ditetapkan ke atas 13 barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina (SKHMP TBC),” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA KPDNHEP menjalanka­n operasi ke premis perniagaan pada hari pertama perayaan Tahun Baharu Cina.
ANGGOTA KPDNHEP menjalanka­n operasi ke premis perniagaan pada hari pertama perayaan Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia