Harian Metro

Pemuda parah ditetak dua kumpulan bergaduh

-

Seorang lelaki berusia 24 tahun parah selepas terbabit dalam pergaduhan dengan dua kumpulan lelaki di restoran di Taman Seremban Jaya, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superinten­dan Mohd Rosli Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian jam 7.36 malam.

“Maklumat diperoleh mengatakan berlaku perselisih­an faham di dalam restoran membabitka­n dua kumpulan lelaki yang duduk di meja bersebelah­an sehingga tercetusny­a pergaduhan.

“Ketika pergaduhan itu berlaku, datang sekumpulan lelaki menaiki beberapa kereta serta motosikal lalu masuk ke dalam restoran dan menarik mangsa ke luar,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, kumpulan suspek yang bersenjata­kan parang dan kayu itu kemudian memukul serta menetak mangsa menyebabka­n cedera pada kepala dan belakang badan.

Katanya, berikutan kejadian itu mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), di sini, untuk mendapatka­n rawatan.

“Polis yang menjalanka­n siasatan menahan lima lelaki berusia antara 20 hingga 52 tahun di lokasi berasingan di daerah ini sejak semalam (kelmarin) hingga pagi ini (semalam). Semua suspek direman tiga hari hingga Jumaat ini (esok),” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan polis kini giat mengesan suspek yang masih bebas. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubung­i Pegawai Penyiasat, Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 06 60333275 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 06 6014999.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia