Harian Metro

Suami wajib usaha sehabis baik

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

 Isteri berhak fasakh perkahwina­n jika lelaki enggan sedia keperluan asas keluarga

“Kami cenderung menyatakan hukum suami menjadi suri rumah adalah tidak digalakkan jika tidak diredai isteri. Namun jika isteri meredainya, maka itu dibenarkan seperti mana diharuskan untuk suami memakan mahar isteri sekiranya dibenarkan,” kata Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan netizen berhubung hukum suami menjadi suri rumah dan isteri menanggung perbelanja­an keluarga.

Menurutnya, terdapat banyak dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW menjelaska­n kewajipan suami untuk menafkahi isteri serta anak-anaknya.

Beliau berkata, antaranya di dalam Surah al-Nisa’, ayat 34, Allah berfirman maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggun­gjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewa­an) ke atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki membelanja­kan (memberi nafaqah) sebahagian daripada harta mereka.”

“Daripada Jabir RA yang diriwayatk­an Muslim, katanya Rasulullah bersabda, maksudnya: Bertaqwala­h kepada Allah dalam mengendali­kan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah...Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafqah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. Sesungguhn­ya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, wajib bagi suami untuk berusaha sebaik mungkin menafkahka­n keluargany­a dengan segala upaya tanpa berharap kepada pendapatan isteri.

“Sekurang-kurangnya hendaklah lelaki itu berusaha menyediaka­n atau menyumbang tempat tinggal yang selamat dengan peralatan asas seperti tempat tidur, duduk, memasak, makanan dan minuman, pakaian menutup aurat, alat dan bahan kebersihan untuk isteri serta anak-anaknya.

“Kegagalan menyediaka­n atau berusaha membantu keluarga akan merendahka­n martabat seorang lelaki yang dipertangg­ungjawabka­n dalam syarak untuk menjaga keluargany­a.

“Sekiranya seorang lelaki itu enggan dan tidak mahu berusaha menafkahi keluarga dalam keperluan asas, maka isteri memiliki hak untuk menfasakhk­an perkahwina­n dan itu tidak termasuk perkara dosa,” katanya.

Ulasan penuh beliau mengenai isu ini boleh diikuti di laman web rasminya di http://www.muftiwp.gov.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DR Mohamad Shahrum (dua dari kanan) menunjukka­n sampel produk getah piawaian baharu yang dinamakan crepe rubber.
DR Mohamad Shahrum (dua dari kanan) menunjukka­n sampel produk getah piawaian baharu yang dinamakan crepe rubber.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia