Harian Metro

Niat murni tiga sahabat

-

Kota Bharu: Tiga sahabat yang menubuhkan Rumah Mahabbah Kota Bharu (RMKB) sudah membantu lebih 1,000 golongan kurang berkemampu­an sekitar negeri ini sejak ditubuhkan lima tahun lalu.

Trio itu membabitka­n Pakar Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Prof Dr Noraida Ramli, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Hashimah Ismail serta guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad Maher, Isaura Haslina Ismail.

Menurut Isaura Haslina, RMKB yang ditubuhkan di bawah Yayasan Amal Mahabbah berpusat di Kuala Lumpur kini menyewa sebuah rumah di Jalan Guchil Bayam, di sini.

Katanya, fokus mereka adalah golongan kurang bernasib baik dalam kalangan ibu tunggal, fakir miskin dan mangsa ditimpa musibah seperti kebakaran.

“Bagi memudahkan penerima dan penyumbang berurusan, kami sewa rumah ini yang dibiayai penyumbang dan wang kami sendiri.

“Rumah sementara ini dijadikan pusat untuk menyimpan pakaian, kelengkapa­n rumah dan dapur serta makanan kering sumbangan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, pakaian disumbangk­an pelbagai pihak akan diperiksa oleh sukarelawa­n bagi memastikan ia masih elok untuk dipakai.

Dia memberitah­u, RMKB lebih selesa jika penerima datang sendiri berjumpa mereka dan memilih barangan mengikut keperluan.

Isaura Haslina berkata, mereka mengalu-alukan sumbangan orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 ??  ?? GOLONGAN kurang berkemampu­an memilih pakaian yang disumbangk­an orang ramai di Rumah Mahabbah Kota Bharu di Jalan Guchil Bayam.
GOLONGAN kurang berkemampu­an memilih pakaian yang disumbangk­an orang ramai di Rumah Mahabbah Kota Bharu di Jalan Guchil Bayam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia