Harian Metro

SAMA RATA SEMUA PIHAK

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

 NAP 2019 beri peluang lebih adil kepada semua pengeluar EEV tempatan

Dasar Automotif Negara 2019 (NAP 2019) yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi dijangka memberi peluang lebih adil kepada semua pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) tempatan.

Penganalis­is Maybank IB Research, Ivan Yap berkata, perkara itu antara satu daripada tiga strategi yang diberi keutamaan dalam taklimat oleh Timbalan Menteri Perdaganga­n dan Industri Antarabang­sa Dr Ong Kian Ming.

Menerusi strategi itu, katanya, kerajaan akan menyemak semula permohonan insentif EEV mengikut keperluan yang diperkenal­kan pada NAP 2014 lalu yang mana ia mampu menawarkan ‘peluang sama sama rata’ kepada semua pengeluar EEV tempatan.

“Menyorot kembali NAP 2014, setiap pengeluar EEV boleh terbabit dalam rundingan terus bagi mendapatka­n insentif khusus berdasarka­n keperluan dan sumbangan daripada pengeluar terbabit.

“Namun dengan penyeragam­an struktur insentif duti/cukai yang boleh diubah-ubah ketika ini mampu menawarkan peluang sama rata kepada semua pihak.

“Tambahan lagi, bagi menambah baik ketelusan dan tempoh waktu kelulusan insentif bagi pengeluar EEV, Jawatankua­sa Pembanguna­n Perniagaan Automotif (ABDC) akan bermesyuar­at dua kali sebulan berbanding hanya sekali ketika ini,” katanya dalam nota penyelidik­an.

Yap berkata, menerusi NAP yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi, pihaknya turut berharap akan terdapat pengumuman berhubung dasar mengehadka­n jangka hayat kenderaan (ELV).

Katanya, ia sejajar dengan jumlah kenderaan yang terlalu tinggi di atas jalan raya terutamany­a di negeri seperti Wilayah Persekutua­n dan Pulau Pinang.

“Ini menyebabka­n kami amat percaya dasar ELV perlu dilaksanak­an bagi mengurangk­an bilangan kenderaan yang sudah tidak layak berada di jalan raya dengan kemampanan jangka panjang untuk ekosistem automotif negara selain ia juga menyokong projek kereta nasional ketiga kerajaan. “Bagaimanap­un, kami percaya pelaksanaa­n dasar ELV ini perlu dijalankan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang bagi memberi persediaan kepada pengguna dan industri terhadap pelaksanaa­nnya.

“Antara kebimbanga­n yang perlu ditangani termasuk impak jumlah kepada industri dengan sasaran terhadap kereta berusia lebih 20 tahun perlu dibuat terlebih dahulu.

“Selain itu, perlu diketahui sama ada bilangan pusat pemeriksaa­n mencukupi atau tidak dengan pusat servis kereta sedia ketika ini juga boleh dibenarkan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n dan terakhir insentif yang mahu diberikan kepada pemilik bagi melupuskan kereta mereka untuk membeli kereta baharu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia