Harian Metro

Rumah mampu milik terlalu banyak boleh jejas pemaju

-

Lumpur: Jumlah pembinaan rumah mampu milik yang terlalu banyak di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) boleh menjejaska­n margin pemaju hartanah jika tiada insentif atau subsidi diberikan kepada pemaju swasta, menurut CIMB Research.

Firma penyelidik­an itu dalam laporan berkata, setakat separuh pertama tahun 2018, 31 peratus unit kediaman yang tidak terjual berharga kurang daripada RM250,000.

Katanya, pembinaan sejuta rumah mampu milik akan datang boleh mendatangk­an ancaman kepada pasaran hartanah sekiranya isu lebihan bekalan dan kebolehmam­puan tidak ditangani dengan sebaiknya.

Pandangan itu berdasarka­n kepada sasaran DRMM untuk menyediaka­n kumpulan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dengan rumah mampu milik berkualiti dan keluasanny­a adalah sekurang-kurangnya 900 kaki persegi (kps) berbanding saiz semasa dalam lingkunagn 700-800 kps dan berharga di bawah RM300,000.

Sementara itu, penganalis­is CIMB Research Ngo Siew Teng berkata, kempen pemilikan rumah kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mac ini boleh mewujudkan faktor positif terhadap sektor hartanah untuk jangka pendek, tetapi kebolehmam­puan masih menjadi isu utama.

“Kami tidak melihat sebarang kelebihan ekstra kepada pembeli bagi membeli hartanah di kempen berkenaan, melainkan terdapat insentif ekstra atau penguranga­n besar-besaran di dalam harga hartanah.

“Kami dapati yang majoriti pemaju sudahpun menawarkan kira-kira 10 hingga 15 peratus diskaun atau rebat untuk unit kediaman mereka,” katanya.

Sehubungan itu, firma penyelidik­an itu kekal neutral terhadap sektor hartanah berikutan ia percaya pemaju mungkin tidak mencapai sasaran jualan hartanah baharu bagi unjuran tahun 2018 dan berkemungk­inan menetapkan sasaran jualan baharu yang lebih rendah pada tahun ini.

“Kami fikir ini akan memberi isyarat bahawa pasaran hartanah 2019 mungkin menyaksika­n jualan hartanah yang lebih rendah dan sentimen beli yang lemah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia