Harian Metro

Optimis tingkatkan pembanguna­n ekonomi Sabah

-

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin kerjasama daripada rakyat Sabah termasuk pelabur ke negeri itu mampu meningkatk­an pembanguna­n ekonomi Sabah.

Beliau berkata, Kerajaan negeri akan terus memainkan peranan bagi memastikan ekonomi di negeri ini terus berkembang serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Saya yakin bukan hanya Kerajaan negeri, bahkan pelabur yang ada boleh membantu rakyat negeri ini kerana kita perlu pembanguna­n di Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Dewan Hakka di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, walaupun negara menghadapi ekonomi yang mencabar namun beliau optimis ekonomi Sabah antara negeri yang berada dalam keadaan stabil.

Dalam usaha untuk meningkatk­an lebih ramai pelabur di Sabah, beliau akan mengadakan lawatan ke beberapa negara antaranya China, Jepun dan Eropah selain menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia