Harian Metro

CCMC terima kemudahan pembiayaan Islam RM50 juta

-

Anak syarikat milik penuh Chemical Company of Malaysia Bhd, CCM Chemicals Sdn Bhd (CCMC) menerima kemudahan pembiayaan Islam sebanyak RM50 juta daripada OCBC Al-Amin Bank Bhd untuk membiayai sebahagian projek yang diaktifkan semula Pasir Gudang Works Plant 1 (PGW1).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, projek PGW1 dijangka meningkatk­an kapasiti pengeluara­n produk klor-alkali sebanyak 50 peratus dan mempunyai potensi mengisi jurang dalam pasaran yang pada masa ini dicapai melalui import, sekali gus meningkatk­an bahagian pasaran CCMC.

“Projek PGW1 kini sedang dijalankan dan dijangka siap dan memulakan pengeluara­n pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Kemudahan itu tidak akan memberi sebarang kesan yang ketara kepada pendapatan CCM Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember

2019,” katanya.

Dengan pelan untuk mengurangk­an nisbah hutang yang berterusan dan selesainya penjualan dua aset bukan teras yang utama, nisbah tahap kadar hutang CCM Group 0.61 kali bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia