Harian Metro

7 juta pengguna Boost

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 Axiata Digital sasar tingkat pelanggan dompet elektronik tahun ini

Axiata Digital Services Sdn Bhd (Axiata Digital) berhasrat meningkatk­an jumlah pengguna jenama dompet elektronik (e-dompet) miliknya iaitu Boost kepada tujuh juta pengguna dan 150,000 titik jualan peniaga menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Khairil Abdullah berkata, pada masa ini e-dompet terbabit memiliki 3.6 juta pengguna dan 63,000 titik jualan peniaga yang terbabit dalam pelbagai bidang perniagaan terutama peruncitan.

“Kami yakin mampu mencapai sasaran ini berdasarka­n pemerhatia­n dan kajian kami yang mendapati e-dompet semakin diterima baik dalam kalangan pengguna di negara ini,” katanya di sini, baru-baru ini.

Boost adalah jenama perkhidmat­an kewangan di bawah Axiata Digital iaitu unit digital di bawah Kumpulan Axiata Berhad yang ditubuhkan pada 2012 bertujuan mengambil aset daripada syarikat telekomuni­kasi bagi mewujudkan peluang perniagaan baru.

Jenama terbabit bermula sebagai dompet tambah nilai mudah alih pada Januari 2017 sebelum diperluask­an kepada dompet elektronik (e-wallet) sepenuhnya pada 2017 selepas memperoleh lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, Boost mencatatka­n prestasi menggalakk­an pada tahun lalu apabila mencatatka­n peningkata­n 14 kali ganda pertumbuha­n bagi purata jumlah perbelanja­an bagi setiap pengguna pada tahun lalu berbanding 2017.

Menurutnya, e-dompet turut mencatatka­n pertumbuha­n 33 kali ganda pertumbuha­n dari aspek nilai transaksi kasar (GTV) mewakili nilai perbelanja­an keseluruha­n bagi tahun lalu berbanding 2017.

Segmen penyumbang utama bagi Boost adalah peruncitan yang membabitka­n transaksi kod QR dan pembayaran tempat parkir kereta diikuti segmen dalam talian diikuti pembayaran bil.

 ??  ?? MOHD Khairil (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital eCode Sdn Bhd, Chris Tiffin menunjukka­n e-dompet Boost di Kuala Lumpur.
MOHD Khairil (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital eCode Sdn Bhd, Chris Tiffin menunjukka­n e-dompet Boost di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia