Harian Metro

SilTerra Malaysia tinjau peluang kerjasama di luar negara

-

SilTerra Malaysia Sdn

Bhd (SilTerra Malaysia), pengeluar wafer semikonduk­tor terkemuka meninjau pasaran dan peluang kerjasama pintar berpotensi di luar negara untuk terus memperkuku­hkan jenamanya di peringkat global.

Matlamat itu selari dengan sasaran pembekal kepada rantaian bekalan automotif sedunia itu untuk meningkatk­an pendapatan syarikat kepada RM1 bilion dalam tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Firdaus Abdullah berkata, keupayaan SilTerra Malaysia semakin mendapat tempat dalam kalangan syarikat gergasi dunia dengan kepakaran serta hasil produk yang dikeluarka­nnya.

“SilTerra Malaysia kini berada di kedudukan ke-16 di dunia dalam pasaran industri faundri semikonduk­tor dan perkhidmat­an sokongan kepada syarikat global seperti Apple, LG,

Huawei, Google,

Mediatek, IMEC, Broadcom, BOSCH, UMC, Magnachip dan XFAB.

“Kebanyakan produk kami terutama cip bersepadu (IC) dieksport ke Taiwan, China, Korea, Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Amerika Selatan.

“Justeru, melangkah ke hadapan, kami akan terus meneroka pasaran baharu termasuk Vietnam dan Turki yang menunjukka­n minat tinggi dengan keupayaan SilTera Malaysia,” katanya.

 ??  ?? IKEMI bersama Timbalan Presiden Pelaburan Strategik PNB, Datin Paduka Kartini Abdul Manaf.
IKEMI bersama Timbalan Presiden Pelaburan Strategik PNB, Datin Paduka Kartini Abdul Manaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia