Harian Metro

RATAPAN PILU IBU

- Agensi

 Empat anak rentung dalam kebakaran rumah berpunca daripada letupan gas

Seorang wanita hanya mampu meraung dan meratap ketika empat anaknya rentung dalam kebakaran rumah mereka yang berpunca daripada letupan gas di kawasan perumahan Highfields Stafford, tengah England, semalam.

Menurut laporan Daily Mail, kebakaran rumah teres itu mengorbank­an empat beradik iaitu Riley Holt, 8, Keegan Unitt, 6, Olly Unitt, 3, dan Tilly Rose Unitt, 4.

Ibu mereka, Natalie Unitt, 24, dan bapa Chris Moulton, 28, serta anak bongsu mereka, Jack, 2, cedera ringan dalam kejadian itu.

Menurut saksi, Natalie yang berjaya menyelamat­kan diri daripada kebakaran, mengetuk pintu jiran untuk meminta bantuan, manakala suaminya dilihat melompat keluar dari tingkap sambil mendukung anak kecil mereka.

Akhbar Mirrror melaporkan seorang jiran berkata: “Saya berada dalam bilik air apabila terdengar wanita menjerit, “anak-anak saya, anak-anak saya”.

“Selepas itu kedengaran letupan kuat.”

Jiran, Wendy Pickering, 58, sambil menahan tangisan berkata, dia mendengar jeritan kanak-kanak terbabit ketika api marak membakar seluruh rumah.

Menurut jiran, kebakaran dipercayai bermula di salah sebuah bilik tidur bahagian belakang yang menempatka­n kanak-kanak berkenaan sebelum merebak ke seluruh rumah.

“Ada beberapa letupan kecil yang kedengaran seperti bunga api. Api marak dengan pantas dan dalam tempoh beberapa minit sudah menjulang dari bumbung,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN rumah yang terbakar di Highfields Stafford, England, menyebabka­n empat kanak-kanak maut. - Daily Mail
KEADAAN rumah yang terbakar di Highfields Stafford, England, menyebabka­n empat kanak-kanak maut. - Daily Mail
 ??  ?? NATALIE dan suami, Moulton, bersama anak mereka yang terbunuh iaitu Tilly, Keegan, Olly dan Riley. - Daily Mail
NATALIE dan suami, Moulton, bersama anak mereka yang terbunuh iaitu Tilly, Keegan, Olly dan Riley. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia