Harian Metro

Super model raih pendapatan jutaan ringgit kini merempat

-

Madrid: Bekas model jelita yang pernah meraih pendapatan jutaan ringgit setahun pada 1980-an kini hidup merempat di kaki lima di bandar raya Barcelona, Sepanyol.

Ketika kemuncak kerjaya, Nastasia Urbano, 57, pernah menghiasi muka depan majalah Vogue, sering menjadi model utama pertunjuka­n promosi fesyen bersama supermodel lain, termasuk Linda Evangelist­a, malah pernah menjadi model pewangi keluaran Yves Saint Lauren, Opium.

Wanita itu yang memulakan kerjaya sebagai model ketika berusia 20 tahun, digelar ‘ratu’ oleh rakan model lain kerana pencapaian tingginya dalam industri fesyen.

“Saya muncul dalam semua majalah, disayangi dan disanjung ramai. Saya menerima pendapatan jutaan ringgit setahun selama tiga atau empat tahun, untuk kerja hanya 20 hari,” katanya.

Saat kejatuhann­ya bermula selepas berkahwin dengan lelaki pisau cukur yang mengikis semua hartanya menyebabka­n dia kini tinggal sehelai sepinggang.

“Satu-satunya perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup sepanjang perkahwina­n saya ialah dikurniaka­n tiga orang anak.

“Suami menghabisk­an semua wang saya. Dalam tempoh dua hari kami berkenalan, dia sudah meminta saya membelikan­nya kereta BMW.

“Saya hanya seperti orang bodoh apabila terus memberi cek kepadanya kerana mabuk cinta,” katanya.

Kehidupann­ya semakin teruk apabila mengalami masalah kemurungan dan banyak kali dihalau keluar dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa.

Kini, Nastasia menumpang di rumah rakan yang bersimpati jika berpeluang dan jika tidak, gelandanga­n di kaki lima bank.

“Saya ingin teruskan kehidupan dan sudah penat meminta wang.

“Mereka yang pernah berkawan dengan saya dulu menjauhkan diri namun ia bukan perkara mengejutka­n.

“Saya ingin anak-anak melihat keadaan saya lebih baik supaya mereka dapat berbangga,” katanya.

Keadaannya sekarang mengejutka­n model yang pernah bersamanya dulu dan mereka berusaha mencari jalan untuk membantu, seperti menjadikan­nya tenaga pengajar melatih model.

“Saya amat terkejut kerana tiada siapa menyangka keadaannya jadi begini. Kami dulu hanya model biasa tetapi dia adalah ‘ratu’,” kata bekas model, Ruth Schuler. -Agensi

 ??  ?? NASTASIA ketika kemuncak kerjayanya. - Agensi
NASTASIA ketika kemuncak kerjayanya. - Agensi
 ??  ?? PERNAH menghiasi muka depan majalah Vogue. - Agensi
PERNAH menghiasi muka depan majalah Vogue. - Agensi
 ??  ?? NASTASIA kini hidup merempat. - Agensi
NASTASIA kini hidup merempat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia