Harian Metro

HILANGNYA KEINDAHAN MOSUL

Penduduk Mosul upah jurugambar rakam kemusnahan sebagai kenangan

-

Lebih tiga tahun selepas ditawan Daish pada 2014, Mosul di Iraq yang terkenal dengan keindahann­ya serta sejarah, termasuk tinggalan nabi dan rasul, hampir musnah sepenuhnya

Penduduk Mosul yang kini bebas daripada penjajahan kejam Negara Islam (IS) atau Daish, berusaha sedaya mungkin merakam kemusnahan itu melalui gambar untuk dijadikan peringatan.

Ada penduduk mengupah jurugambar amatur selain ramai jurugambar bebas merakamkan kemusnahan Mosul untuk disiarkan di media sosial.

Menurut AFP, Daish menawan kota purba itu pada Jun 2014 memusnahka­n kuil, gereja serta binaan lain.

Masjid Nabi Yunus turut dimusnahka­n kumpulan itu selain mengibarka­n bendera hitam di seluruh gereja.

Lebih 100,000 koleksi buku dalam perpustaka­an di Mosul yang kebanyakan didaftar dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) turut dimusnahka­n.

Mosul adalah bandar raya kedua terbesar Iraq ketika pemerintah­an Saddam Hussein. Terletak 400 kilometer di utara Baghdad, Mosul berada di tebing barat Sungai Tigris.

Seorang penduduk, Ashraf al-Atraqji, 38, yang mengupah jurugambar berkata, dia berharap saat kegelapan era Daish tidak berulang lagi.

“Setiap batu yang diletakkan di kawasan ini ada nilai sejarah dan menjadi identiti bandar kami.

“Saya mahu setiap kemusnahan yang mereka lakukan dirakam sebagai peringatan kepada generasi saya,” katanya

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Um Mohammad, 32, berkata: “Kami mahukan kenangan, peringatan, bukti tindakan buruk mereka di Mosul.”

Beberapa lokasi komersial di Mosul cuba dibangunka­n semula, termasuk Masjid Al-Nuri serta terdapat usaha menyelamat­kan kembali manuskrip lama serta buku abad ke-16.

Daily Mail menyiarkan sejumlah gambar yang dirakam Akram Abdulwahab Agha di Mosul dengan membuat perbanding­an berdasarka­n poskad menunjukka­n keindahan lokasi terbabit berbanding keadaannya sekarang yang musnah akibat perang.

Antara lokasi yang musnah itu, termasuk Masjid Nabi Yunus, Jambatan Hurrya, Bab al-Tob, gereja Virgin Mary dan Menara al-Hadba.

 ??  ?? JURUGAMBAR merakam gambar runtuhan Masjid Nabi Yunus yang dimusnahka­n Daish. - AFP
JURUGAMBAR merakam gambar runtuhan Masjid Nabi Yunus yang dimusnahka­n Daish. - AFP
 ??  ?? SALAH sebuah gereja bersejarah yang musnah. - Daily Mail
SALAH sebuah gereja bersejarah yang musnah. - Daily Mail
 ??  ?? KEADAAN bangunan Universiti Mosul sebelum dan selepas pertempura­n. - Daily Mail
KEADAAN bangunan Universiti Mosul sebelum dan selepas pertempura­n. - Daily Mail
 ??  ?? JAMBATAN Hurrya berhampira­n Sungai Tigris yang musnah dalam pertempura­n. - Daily Mail
JAMBATAN Hurrya berhampira­n Sungai Tigris yang musnah dalam pertempura­n. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia