Harian Metro

UAE nafi tahan rakyat Britain pakai baju Qatar

-

Dubai: Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam, menafikan laporan ia menahan rakyat Britain kerana memakai baju T menunjukka­n sokongan terhadap Qatar ketika perlawanan bola sepak kejohanan AFC di Abu Dhabi.

Menurut kenyataan kerajaan UAE, lelaki itu, Ali Issa Ahmed, ditahan dan didakwa kerana membuat laporan palsu.

Akhbar Britain, The Guardian, melaporkan Ali ditahan selepas didakwa menunjukka­n simpati kepada Qatar dengan memakai baju T pasukan kebangsaan negara itu ketika menyaksika­n perlawanan antara Qatar dengan Iraq di Abu Dhabi pada 22 Januari lalu.

Menunjukka­n simpati kepada Qatar adalah kesalahan jenayah di UAE sejak Jun 2017 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.

Menurut kerajaan UAE, Ali yang juga rakyat Sudan, membuat laporan di balai polis bahawa dia dikasari dan diserang penyokong pasukan UAE.

“Pemeriksaa­n doktor mendapati kecederaan­nya tidak seperti dakwaannya, sebaliknya kelihatan akibat perbuatan sendiri,” kata kenyataan itu.

Ali kemudian mengaku membuat laporan palsu menyebabka­n dia didakwa pada 24 Januari membazirka­n masa polis serta membuat laporan palsu dan kini menunggu perbicaraa­n.

Qatar yang menjuarai kejohanan itu disokong ribuan rakyat Oman ketika perlawanan akhir yang memakai baju serta tudung melambangk­an Qatar. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia