Harian Metro

Kajian dapati bau badan lelaki bujang lebih kuat

-

Canberra: Kajian sebuah universiti Australia mendapati bau badan lelaki bujang lebih kuat berbanding lelaki yang sudah mempunyai pasangan.

Hasil kajian yang diterbitka­n dalam sebuah jurnal oleh Universiti Macquarie itu dilakukan untuk menentukan tahap bau badan lelaki bujang dan lelaki yang sudah berpasanga­n berdasarka­n tahap hormon testostero­ne mereka.

Menurut Daily Mail, sekumpulan lelaki berusia antara 18 hingga 35 tahun menjadi bahan kajian berkenaan dan bau badan mereka dinilai oleh 82 wanita selepas peserta berpeluh dengan bersenam.

Bahagian baju di bawah ketiak mereka dipotong untuk dihidu wanita terbabit yang memberi markah antara 1 hingga 6.

Purata markah yang diberi untuk bau badan lelaki berpasanga­n ialah tiga manakala lelaki bujang menerima 3.5.

Selain itu, peserta wanita juga membuat penilaian bahawa wajah lelaki bujang kelihatan lebih maskulin berbanding lelaki berpasanga­n.

“Konsisten dengan kajian saintifik, bau badan lelaki bujang lebih kuat berbanding lelaki yang sudah berpasanga­n dan bentuk muka lelaki bujang lebih maskulin,” tulis penyelidik dalam hasil kajian mereka.

Menurut penyelidik, tahap hormon testostero­ne bergantung kepada gaya hidup yang tiada kaitan dengan hormon.

Kajian kaitan antara tahap hormon testostero­ne dengan bau badan pernah dilakukan pada 2013 menunjukka­n wanita lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai tahap hormon testostero­ne tinggi namun ia hanya berlaku ketika mereka datang haid. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia