Harian Metro

Vietnam dipilih lokasi perjumpaan kedua Trump-Jong Un

-

Presiden Donald Trump mengumumka­n pertemuan keduanya dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, akan diadakan di Vietnam pada 27 dan 28 Februari ini sambil ‘memuji’ dirinya kerana berjaya mengelakka­n perang di Semenanjun­g Korea.

“Sebagai sebahagian daripada dasar baharu yang berani, kita meneruskan usaha bersejarah keamanan di Semenanjun­g Korea.

“Jika saya tidak dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat, pada pendapat saya kita sudah berperang besar dengan Korea Utara,” kata Trump ketika ucapan tahunan State of Union di Kongres semalam.

Belum dapat dipastikan bandar raya pertemuan bagi membincang­kan pelucutan senjata nuklear Korea Utara itu akan diadakan, namun berkemungk­inan Hanoi atau Danang di tepi laut.

Jong Un dan Trump bertemu buat kali pertama di Singapura, Jun tahun lalu. - Reuters

 ??  ?? TRUMP
TRUMP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia