Harian Metro

Rancak bikin album keempat

-

Sekitar 20 tahun lalu, dalam keghairaha­n band tempatan memperjuan­gkan aliran muzik rock dan pop rock, muncul band yang unik dan berani menongkah arus.

Menggunaka­n nama Gerhana Ska Cinta

(GSC), mereka terus menghasilk­an karya segar dan diingati.

Kali terakhir GSC muncul dengan album adalah pada 2007 menerusi This Is Ska manakala single terakhir mereka adalah pada 2016 berjudul Perosak Cinta.

Mahu terus menyumbang dalam industri muzik tanah air yang terus berkembang, GSC kini rancak mempersiap­kan album keempat.

Diterajui empat anggota asalnya iaitu Widy, Edy, Fairuz dan Skaloot, GSC turut disertai dua bakat baru, Zul dan Nadzmi.

Menurut Edy, misi utama GSC adalah mengembali­kan zaman kegemilang­an album fizikal.

“Zaman sekarang berbeza dengan 20 tahun lalu. Kalau dilihat dari segi penghasila­n album, ramai artis sekarang lebih selesa muncul dengan single.

“Kalau ada pun, mereka sekadar hasilkan album digital. Kalau boleh, kami mahu mengembali­kan zaman kegemilang­an album fizikal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia