Harian Metro

Emosi Diana kosong

-

Diana berkata, dia lebih banyak duduk di rumah selain waktu tidurnya tidak menentu sepanjang dua minggu selepas ibunya meninggal dunia.

“Sebagai orang Islam kita kena percaya mati itu pasti. Ketika mak dalam keadaan kritikal saya sentiasa bersedia mak akan pergi walaupun ia perkara yang kita takuti. Malah, dalam tempoh 100 hari iaitu sewaktu mak terlantar sakit pun saya berasakan mak akan pergi tak lama lagi.

“Namun, apabila mak meninggal dunia Allah saja tahu perasaan ini. Baru rasa kehilangan mak apabila terputusny­a doa dan berkat daripada ibu. Saya jadi tak tahu nak lalui kehidupan macam mana. Saya berasa emosi kosong dan hilang nikmat hidup.

“Selepas dua minggu mak meninggal dunia, saya tolak semua tawaran kerja. Saya juga demam berterusan. Malah, setiap malam saya akan terjaga antara jam 3 dan 4.48 pagi. Saya berasa seperti ada orang yang kejutkan,” katanya.

Diana yang juga adik kepada Linda Rafar berkata, dia banyak bermimpi mengenai ibunya selain berkongsi beberapa perkara yang didatangka­n kepadanya melalui mimpi.

“Setiap malam saya mimpi mak. Malah, Allah nak bagi saya tengok kehidupan ‘di sana’. Seakan-akan mimpi saya berepisod. Daripada situ, saya belajar perkara spiritual dan ilmu ketuhanan.

“Saya anak bongsu dalam keluarga. Kami pula memang rapat dengan mak. Semasa hayatnya iaitu sebelum sakit setiap hari dia akan menghubung­i kami adik-beradik.

“Ketika sakit dia berikan telefon bimbit kepada saya dan pesan suruh jaga kalau sudah tak ada nanti. Sekarang, setiap kali tengok telefon itu saya mesti menangis. Betul kata orang, kehilangan itu sangat menyakitka­n. Tak tahu bila nak teruskan hidup macam biasa,” katanya.

Menurut Diana, suaminya iaitu pelakon Zamarul Hisham banyak memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat kepadanya.

“Suami pun terkesan juga tetapi dia lebih kuat. Dia pesan banyakkan baca surah al-Fatihah kalau teringat mak. Dia juga sentiasa cuba hiburkan hati saya dengan buat lawak.

“Macam sekarang, kalau keluar dengan suami mesti teringat mak. Selama sembilan tahun saya dan suami bercinta, mak sentiasa menemani saya. Jadi, banyak kenangan yang ditinggalk­an,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan Linda yang akan memfailkan saman terhadap pengguna laman sosial yang gagal membuat permohonan maaf secara terbuka, Diana menyokong usaha kakaknya itu.

“Kami adik-beradik sokong 200 peratus.

Apa yang dibuat netizen itu turut memberi kesan kepada saya. Tohmahan dan fitnah yang dilemparka­n sangat keterlalua­n. Apatah lagi membabitka­n arwah mak.

“Malah, selepas mak tak ada pun masih ada yang menulis kata-kata kesat. Jadi, ini tindakan yang sewajarnya untuk ajar mereka.

“Perkara salah tak boleh dibiarkan berleluasa. Kita kena halang dan betulkan. Biar perkara ini menjadi iktibar buat orang lain,” katanya. - Sudirman Mohd Tahir

Suami banyak beri

sokongan moral, kata-kata semangat Selepas dua minggu mak meninggal dunia, saya tolak semua tawaran kerja.

Saya juga demam berterusan. Malah, setiap malam saya akan terjaga antara jam 3 dan 4.48 pagi. Saya berasa seperti ada orang yang kejutkan

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia