Harian Metro

Guna kelebihan setiap anggota

Konsep album masih kekalkan genre ska tapi lebih banyak bereksperi­men dengan bunyi

- DARI MUKA 38

GSC turut berkongsi kos penerbitan album baru itu ditanggung sepenuhnya oleh mereka sendiri.

“Kami tidak bernaung di bawah mana-mana label, jadi kos penerbitan album kami keluarkan sendiri.

“Semuanya adalah hasil jualan barang cenderamat­a dan sebagainya yang kami kumpul,” kata Edy.

Ditanya perbezaan antara proses rakaman album masa kini berbanding album terdahulu, Edy mengakui mereka lebih matang.

“Di samping kos penerbitan yang tidak setinggi dulu, pembawaan muzik kami juga lebih matang. Masing-masing punya kelebihan dan kami cantumkan pengetahua­n yang ada untuk hasilkan album baru,” katanya.

Persaingan sengit dalam industri hari ini menjadi cabaran utama buat GSC.

“Kami sedar, persaingan­nya sangat sengit memandangk­an ada ramai artis baru.

“Kalau boleh dengan kehadiran album baru kami nanti, ramai akan membeli cakera padat dan tiket untuk menonton persembaha­n,” katanya.

Ditanya mengenai konsep album baru, Widy berkata mereka masih mengekalka­n genre ska.

“Bezanya, kali ini kami lebih banyak bereksperi­men dengan bunyi dan akan berbalik kepada proses rakaman analog seperti yang kami pernah gunakan dalam pembikinan album pertama,” katanya.

Album baru itu nanti akan dimuatkan dengan sembilan atau 10 lagu dan kini baru 20 peratus siap.

Konsert di Singapura

Tidak banyak band mampu bertahan selama dua dekad tanpa ada sebarang masalah dalaman.

Bagi GSC, mereka mempunyai rahsia dan formula tersendiri dalam

Kami sedar, persaingan­nya sangat sengit memandangk­an ada ramai artis baru. Kalau boleh dengan kehadiran album baru kami nanti, ramai akan membeli cakera padat dan tiket untuk menonton persembaha­n

Edy

memastikan silaturahi­m berkekalan dan terjaga.

Menurut Fairuz, setiap kumpulan muzik perlu ada pendamai sekiranya timbul pertelingk­ahan.

“Rahsia kami adalah setiap kali timbul pertelingk­ahan atau salah faham, perlu ada seorang pendamai.

“Satu lagi, jangan ada batu api dalam band kerana itu yang akan merosakkan hubungan antara satu sama lain,” katanya.

Bagi Edy pula, setiap permasalah­an pasti ada penyelesai­an.

“Sekarang sudah mudah kerana ada aplikasi WhatsApp. Jadi, kalau ada sebarang masalah timbul, kami boleh berbincang di situ sekiranya masingmasi­ng sibuk.

“Seperkara lagi, setiap masalah akan ada penyelesai­annya. Daripada perbincang­an, kami akan dapat cari solusi untuk atasi masalah itu,” katanya.

Diminta menitip pesanan dan nasihat buat band baru, Edy menekankan aspek kesefahama­n.

“Selain kecintaan atau minat mendalam terhadap muzik, perlu juga kerap berlatih dan paling penting adalah kesefahama­n.

“Band generasi baru beruntung kerana mereka ada banyak platform untuk mempromosi­kan diri serta karya.

“Jadi, kena serius dalam setiap apa yang mereka lakukan dan buat sehabis baik,” katanya.

Walaupun agak lama GSC tidak muncul membuat persembaha­n, nama mereka masih diingati peminat tempatan dan Singapura.

Malah GSC mengakui mereka lebih dihargai di negara jiran berbanding tanah air sendiri.

“Orang sana (Singapura) lebih menghargai kami manakala orang kita lebih menghargai band luar,” kata Eddy.

Menurutnya, mereka memilih mengadakan konsert Gerhana Ska

Cinta 20th Anniversar­y di Singapura kerana ada penganjur yang sudi membawa mereka.

“Artis mana yang tidak mahu buat konsert di tanah air sendiri, namun tidak ada penaja atau penganjur yang sudi merealisas­ikannya.

“Apabila mendapat peluang daripada penganjur di Singapura iaitu Reza Global Production, kami tak lepaskan peluang,” katanya.

Konsert Gerhana Ska Cinta 20th Anniversar­y akan berlangsun­g pada Rabu ini di Esplanade, Singapura.

Mereka giat menjalani latihan sejak dua minggu lalu dan akan menyampaik­an 20 lagu dalam konsert berdurasi satu setengah jam itu.

Selain GSC, konsert itu juga akan menampilka­n artis jemputan dari Singapura, Singaraga.

 ?? PAKAIAN JEGGAE GARMENT (@JEGGAEGARM­ENT) ??
PAKAIAN JEGGAE GARMENT (@JEGGAEGARM­ENT)
 ??  ?? GSC mahu mengembali­kan zaman kegemilang­an album fizikal.
GSC mahu mengembali­kan zaman kegemilang­an album fizikal.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia