Harian Metro

BTS ke Anugerah Grammy

-

Cipta sejarah jadi kumpulan K-Pop pertama diundang ke acara itu

Saban tahun, kumpulan BTS mencipta fenomena menerusi pelbagai pencapaian membanggak­an. Tumpuan terhadap kumpulan ini tidak pernah surut.

Terbaru, BTS disahkan bakal menghadiri acara berprestij Anugerah Grammy ke-61 yang berlangsun­g di Amerika Syarikat (AS). Ia sekali gus, mencipta sejarah menjadi kumpulan K-Pop pertama diundang ke acara itu.

Semestinya perkhabara­n itu menggembir­akan BTS dan penggiat seni Korea Selatan.

BTS dilaporkan tidak diundang menjayakan persembaha­n sebaliknya tampil sebagai penyampai anugerah. Namun, setakat ini belum ada pengumuman untuk kategori apa.

BTS turut mendapat pencalonan menerusi album Love Yourself:

Tear dalam kategori Pakej Rakaman Terbaik bersama pengarah seni album itu, HuskyFox.

Secara tidak langsung, kumpulan itu melakar Joo Won berkata dirinya bertuah kerana dapat belajar perkara baru yang tidak mungkin dapat dipelajari­nya di luar.

“Saya dapat bereksperi­men dengan banyak perkara yang kita tidak akan lalui di luar kem. Pengalaman itu sangat berharga.

“Semua melayan saya seperti ahli keluarga mereka. Kebaikan mereka itu membuatkan saya dapat menamatkan tugas dengan lancar,” katanya. satu lagi kenangan paling manis apabila menjadi artis Korea Selatan pertama dicalonkan pada acara berprestij itu.

Anugerah terbabit bakal dihoskan penyanyi Alicia Keys dan dipancarka­n secara langsung dari Staples Center, Los Angeles, California, AS pada 11 Februari ini.

Dalam pada itu, BTS akhirnya dapat berehat seketika daripada jadual kerja padat sempena sambutan Tahun Baru Lunar kelmarin. Bahkan BTS merakamkan ucapan istimewa buat peminat setia yang menggelar diri mereka ARMY.

Terdahulu, peminat tertanya-tanya mengenai ucapan BTS yang dimuat naik pada hari perayaan itu. Rupa-rupanya BTS diberikan cuti dan dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia