Harian Metro

Nekad terus majukan diri

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Biarpun bakat nyanyianny­a sering dikecam netizen, Nabila Razali tetap optimis memperbaik­i kualiti vokalnya.

Kata Nabila, dia mengakui ada banyak kelemahan dalam nyanyian namun itu bukan penghalang untuk dia terus menghiburk­an peminat.

“Saya tahu kemampuan dan karakter vokal saya. Saya tak akan memaksa diri untuk menyanyi lagu yang tidak mampu dibawakan seperti lagu balada atau bernada tinggi.

“Disebabkan itu, saya sering bereksperi­mentasi dalam setiap lagu baru yang diperkenal­kan. Saya gembira dengan pilihan muzik yang ditonjolka­n sekarang. Kalau orang terus mempersoal­kan kualiti vokal, saya terima dengan hati terbuka.

“Pada masa sama, saya tidak akan mengalah dan mencuba untuk memperbaik­i diri dengan mengikuti kelas latihan vokal. Saya tidak mahu berada dalam zon selesa,” katanya.

Kata Nabila, dia tidak melihat setiap kecaman yang diterima sebagai sesuatu yang akan melemahkan semangatny­a sebaliknya mahu terus memajukan diri menjadi penyanyi yang disegani.

“Saya tidak boleh menutup mulut orang. Biarlah mereka terus berkata mengenai cara nyanyian saya.

“Apa yang pasti, saya akan terus mencabar diri menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan.

“Alhamdulil­lah, single terbaru berjudul Vroom Vroom sudah capai lebih dua juta tontonan di YouTube. Ini satu permulaan yang baik dan saya berterima kasih kepada peminat yang selalu menyokong selama ini,” katanya.

Sengaja ditanya andai ada yang mengatakan dia termampu,” katanya.

Nabila yang kini berada di Tanah Suci Makkah berharap urusannya dipermudah­kan dan mendapat umrah yang mabrur.

“Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap sepanjang perkenalan ini.

“Saya mohon doa anda semua semoga dipermudah­kan umrah saya kali ini. Semoga saya memperoleh umrah yang mabrur, Insya-Allah,” katanya yang berlepas ke Makkah, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia