Harian Metro

Nabila

-

tidak layak berada dalam industri, Nabila dengan tenang menjawab tidak semua orang menyukai dan menerima seseorang penyanyi itu.

“Kalau orang kata saya tidak layak berada dalam industri, saya okey. Selagi menerima tawaran nyanyian, itu bermakna saya ada tempat dalam industri.

“Kalau berjuta orang tolak supaya berhenti menyanyi namun ada seorang yang mahu saya terus menyanyi, saya akan menyanyi untuknya,” katanya.

Melanjutka­n bicara mengenai impian yang ingin dicapai sepanjang berada dalam bidang ini, Nabila berkata dia mengimpika­n untuk menggengga­m trofi satu hari nanti.

“Setiap penyanyi mengimpika­n menang trofi, begitu juga saya.

“Saya pernah rasa mahu mengalah kerana terlalu memikirkan apa orang kata. Memang sedih dan kecewa ketika itu kerana bukan mudah untuk puaskan hati orang.

“Tapi saya belajar satu perkara iaitu tidak boleh puaskan hati semua orang tapi apa yang boleh saya lakukan hanyalah terus memperbaik­i diri dan pada masa sama buat apa yang

Kalau orang kata saya tidak layak berada dalam industri, saya okey. Selagi menerima tawaran nyanyian, itu bermakna saya ada tempat dalam industri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia