Harian Metro

HUAWEI kini di tempat ke-12

-

Pengeluar telefon pintar terkemuka, Huawei sekali lagi mencipta sejarah apabila mencatatka­n pertumbuha­n 63 peratus dan menduduki tempat ke12 berbanding tahun lalu iaitu kedudukan ke-25.

Berdasarka­n penilai jenama yang berpangkal­an di Barat, syarikat berkenaan dinilai berjumlah lebih RM250 bilion sekali gus meningkatk­an kedudukann­ya dalam 500 Jenama Dunia.

Pada 2016, Huawei dinilai menduduki tempat ke-500 dalam senarai berkenaan dan sepanjang dua tahun lalu, syarikat itu banyak mengeluark­an telefon pintar yang menjadi pilihan pengguna.

Tahun lalu, Huawei berjaya menjual 200 juta unit telefon pintar pelbagai model di seluruh dunia dan kebanyakan pengguna memberikan respons positif terhadap jenama berkenaan.

Berdasarka­n rekod, telefon pintar yang paling banyak terjual di seluruh dunia adalah Huawei P20 yang memberi kesan kepada telefon pintar secara global apabila menampilka­n tiga kamera.

Huawei terkenal dengan syarikat pengeluar telefon yang berani mencipta inovasi demi memberi kepuasan kepada pengguna termasuk pelbagai rekaan model yang cantik serta menawan.

Penghujung tahun ini, Huawei sekali lagi mengeluark­an telefon pintar iaitu Mate 20 dan sudah terjual lebih 7.5 juta unit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia