Harian Metro

Keistimewa­an 3 kamera

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Tiga kamera utama dan rekaan skrin paparan berlubang (punch-hole) menjadi tawaran terbaru oleh Huawei kepada pengguna di samping kapasiti bateri 3,750mAH pastinya mampu untuk bertahan seharian walaupun penggunaan 100 peratus.

Itu tawaran terbaru Huawei kepada pengguna menerusi model terbaru keluaran syarikat itu Huawei Nova 4 yang mempunyai reka bentuk lebih dinamik dan moden.

Walaupun baru tujuh bulan Huawei melancarka­n Nova 3, syarikat itu mengambil langkah proaktif dengan menerbitka­n model terbaru daripada siri Nova sekali gus merancakka­n lagi pasaran telefon pintar untuk tahun ini.

Penulis merasai pengalaman memakai telefon pintar Nova

4 dan ia mempunyai pelbagai kelebihan yang mengagumka­n selain rekaan yang lebih elegan.

Menyentuh daripada aspek fizikal telefon pintar ini, Huawei kali ini menggunaka­n pendekatan skrin paparan berlubang dengan binaan kaca di bahagian belakang secara melengkung.

Penulis selesa memegang Nova 4 ini kerana binaannya yang melengkung di bahagian tepi di samping bingkai aluminium yang memastikan struktur kekal kukuh dalam apa jua keadaan.

Secara asasnya,

Nova 4 didatangka­n dengan dua warna iaitu hitam dan ‘crush blue’. Paling istimewa adalah warna ‘crush blue’ yang mempunyai dua tona warna daripada biru ke warna ungu.

Huawei juga bijak memilih material rekaan untuk Nova 4 dan tatkala memegangny­a, anda akan merasai kualiti premium yang ditawarkan untuk telefon pintar jenis ini.

Bagaimanap­un, jika dilihat daripada aspek prestasi pula terdapat sedikit yang mengecewak­an apabila model terbaru Nova masih menggunaka­n pemproses Kirin 970 namun menawarkan memori lebih tinggi.

Nova 4 menawarkan memori 8GB khusus untuk memproses pelbagai tetingkap dan memastikan setiap aplikasi yang dipasang dapat dilaksanak­an dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Penulis juga cuba untuk bermain beberapa judul termasuk PlayerUnkn­owns Battlegrou­nd (PUBG) dan mendapati prestasi permainan itu begitu baik.

Pengguna juga tidak merasa panas yang keterlalua­n di bahagian belakang telefon seperti model lain dan kekal selesa walaupun sudah bermain untuk tempoh masa yang panjang.

Huawei terkenal dengan inovasi kamera yang berani dan untuk Nova 4, kamera peranti ini boleh diberikan pujian kerana dilengkapi tiga lensa yang mempunyai kekuatan berbeza.

Lensa pertama dilengkapi dengan kamera 20 megapiksel (MP), lensa bukaan luas 16MP dan sensor khusus 2MP untuk menghasilk­an kualiti gambar yang mengagumka­n.

Untuk kamera swafoto pula, Nova 4 dilengkapi 25MP kamera yang diletakkan di bahagian atas kiri dan sangat strategik untuk sudut swafoto yang cantik.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi kamera Kecerdasan Buatan (AI) yang berfungsi untuk mencantikk­an imej tanpa pengguna perlu melakukan proses penyunting­an sendiri.

Skrin paparan telefon pintar ini juga direka khusus dengan begitu teliti dan cantik. Nova 4 mempunyai 6.4 inci paparan berlubang yang tidak mengganggu pengguna.

Secara keseluruha­n, Nova 4 adalah telefon pintar yang sangat baik walaupun Huawei masih menggunaka­n pemproses Kirin 970 yang sama dengan Nova 3.

Tambahan pula, harga yang ditawarkan adalah mampu milik di samping kualiti binaan premium sudah pasti ia bakal menjadi pilihan pengguna untuk tahun ini.

 ??  ?? 1. HUAWEI Nova 4 menggunaka­n skrin paparan berlubang.
2. KAMERA dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) mencantikk­an imej.
3. REKAAN belakang Nova 4 menunjukka­n tona warna gradien.
4. DUA lensa Nova 4 untuk penghasila­n imej berkualiti.
1. HUAWEI Nova 4 menggunaka­n skrin paparan berlubang. 2. KAMERA dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) mencantikk­an imej. 3. REKAAN belakang Nova 4 menunjukka­n tona warna gradien. 4. DUA lensa Nova 4 untuk penghasila­n imej berkualiti.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia