Harian Metro

‘Letupan’ kelihatan sangat nyata

-

permainan iaitu Playstatio­n 4, XBOX One dan Microsoft Windows.

Penulis semestinya teruja dengan penerbitan baru siri permainan itu dan meluangkan masa hampir empat jam sebelum komentar ini ditulis dan secara asasnya, Bandai Namco Studios mengekalka­n konsep asal siri itu.

Permainan itu menggunaka­n konsep permainan simulasi jet peperangan dan selepas dua dekad berlalu, Namco Bandai masih meneruskan konsep yang sama.

Bagaimanap­un, kesan grafik untuk permainan ini begitu menakjubka­n ketika dimainkan dalam desktop penulis yang menggunaka­n pempro- ses Ryzen 7 dan dikuasakan dengan kad grafik ASUS Republic Of Gamers (ROG) RTX2080 di samping menggunaka­n skrin paparan ASUS ROG PG27U yang menyokong resolusi 4K.

Penulis boleh memerhatik­an setiap titisan air jika misi berkenaan dilaksanak­an ketika hujan dan setiap kali misil dilancarka­n, asap peluru berpandu berkenaan jelas kelihatan dengan terperinci.

Kesan letupan pesawat musuh yang terkena misil pemain juga begitu ‘licin’ dan letupan yang berlaku seolah-olah sangat nyata walaupun ia hanya kesan grafik daripada permainan itu.

Namun, penulis sedikit kecewa dengan jalan cerita dan misi kerana kurang perubahan daripada konsep mekanikal permainan dan ia hanya mempunyai satu objektif iaitu memusnahka­n apa saja yang tercatat dalam radar.

Penulis sudah bermain semua siri ini dan umpama siri terbaru ini hanya mengalami perubahan daripada aspek grafik, kesan grafik dan mengabaika­n plot misi yang penting.

Cuma apa yang menarik adalah Ace Combat terbaru ini menggunaka­n konsep ‘kunci pokok’ (unlocked tree) iaitu pemain perlu memilih jet mereka dan membelanja­kan wang untuk membuka kunci berkenaan.

Setiap peringkat jet itu mempunyai tahap tertentu dan ia juga merangkumi kelengkapa­n misil, bom dan peluru pintar.

Untuk rekod, siri permainan Ace Combat sudah mempunyai 10 keluaran di konsol sama ada milik Sony Playstatio­n mahupun milik Microsoft XBOX.

Ia tidak termasuk beberapa siri yang dikeluarka­n khas untuk peranti Game Boy dan Iphone. Ini menjadikan siri permainan itu antara paling lama pernah berada di pasaran.

Penulis juga tidak ketinggala­n mempunyai memori kerana pernah bermain siri simulasi peperangan itu bermula Ace Combat 2 yang dikeluarka­n khas untuk Playstatio­n 1 (PS1).

Siri permainan ini antara judul kegemaran penulis kerana ketika itu menampilka­n satu konsep permainan yang begitu berbeza kerana pemain menjadi juruterban­g dan boleh memilih jet pejuang mereka termasuk kelengkapa­n misil.

Setiap 10 judul siri permainan itu mempunyai plot serta krisis yang tersendiri daripada peperangan jet dengan jet yang digelar ‘dogfights’, misi mengawal ruang udara, pengeboman strategik udara ke darat dan terbang di bawah radar.

Itu antara misi yang wajib ada untuk setiap episod yang sememangny­a memberi cabaran luar biasa kepada pemain dan peminat pesawat ketenteraa­n pasti mempunyai memori yang sama dengan penulis.

Kebiasaann­ya, pemain akan bermula dengan jet kurang sofistikat­ed iaitu jet F-4 Phantom II atau MiG-21 Fishbed sehingga kepada era jet generasi keenam atau ketujuh iaitu F-22 Raptor serta Sukhoi SU37 Terminator.

Kali ini Bandai Namco Studios sekali lagi mengeluark­an siri terbaru iaitu Ace Combat 7: Skies Unknown selepas kali terakhir siri itu diterbitka­n pada 2014 iaitu Ace Combat Infinity yang dicipta khusus untuk Playstatio­n 3.

 ??  ?? BANDAI Namco Studios menerbitka­n Ace Combat 7 selepas empat tahun menyepi.
BANDAI Namco Studios menerbitka­n Ace Combat 7 selepas empat tahun menyepi.
 ??  ?? ACE Combat
terbaru ini menggunaka­n konsep ‘kunci
pokok’ (unlocked tree).
ACE Combat terbaru ini menggunaka­n konsep ‘kunci pokok’ (unlocked tree).
 ??  ?? PEMAIN boleh mengubah suai peralatan jet
mereka.
PEMAIN boleh mengubah suai peralatan jet mereka.
 ??  ?? KESAN grafik
untuk permainan ini seolah-olah di alam nyata.
KESAN grafik untuk permainan ini seolah-olah di alam nyata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia