Harian Metro

Resolusi 8K hasil imej lebih terperinci

-

Pengeluar barangan elektronik terkemuka, Samsung mengeluark­an rangkaian televisyen pintar yang menyokong resolusi ultra pada skala paparan 8K.

Ia sekali gus menjadikan antara pengeluar barangan elektronik yang melancarka­n televisyen beresolusi 8K sekali gus memberi kualiti imej gambar yang lebih terang dan terperinci.

Model Samsung QLED 8K Q900R menyokong 33 juta piksel resolusi iaitu empat kali ganda lebih jelas berbanding televisyen yang mempunyai paparan 4K.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang bertujuan untuk menganalis­is sumber video dan mengukur secara tepat setiap piksel, tekstur imej dan memberikan kelebihan kepada penghasila­n kualiti gambar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia