Harian Metro

Google kemas kini GMail

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Dilaksana dalam masa terdekat untuk beri lebih kemudahan

Pengguna e-mel akaun GMail untuk sistem operasi Android bakal menerima kemas kini terbaru dengan ciri baru yang memudahkan pengguna.

Google akan melaksanak­an kemas kini itu dalam masa terdekat dengan rekaan baharu dan objektif utama adalah untuk memberi lebih kemudahan kepada pengguna.

Tahun lalu, Google sudah melaksanak­an kemas kini untuk platform Windows yang memberikan rekaan lebih moden dan sesuai dengan keperluan masa kini.

GMail menerusi versi Android baru ini membolehka­n pengguna melihat gambar yang dikepilkan tanpa perlu menekan klik pada ruangan sambungan dalam e-mel terbabit.

Google juga memudahkan pengguna untuk menukarkan e-mel persendiri­an dan kerja tanpa memerlukan pengguna menekan pelbagai butang pilihan.

Versi baharu ini mempunyai kefungsian Smart Compose, Smart Reply, Integrasi Dropbox dan juga fungsi memadam penghantar­an e-mel.

Kemas kini juga memperliha­tkan

Google serius untuk terus mengukuhka­n penguasaan mereka dalam segmen pengguna e-mel.

Sehingga kini,

GMail mencatatka­n jumlah akaun lebih 1.8 bilion dan kebanyakan pengguna hari ini menggunaka­n platform berkenaan yang dirasakan lebih interaktif berbanding akaun lain.

 ??  ?? GOOGLE akan lancar kemas kini untuk GMail dengan menampilka­n ciri lebih interaktif.
GOOGLE akan lancar kemas kini untuk GMail dengan menampilka­n ciri lebih interaktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia