Harian Metro

PS5 dilancar pada 2020

-

Peminat konsol keluaran Sony iaitu Playstatio­n pastinya menantikan versi terkini konsol berkenaan, namun agak menghampak­an aoabila Sony tidak akan mengeluark­annya dalam masa terdekat.

Sony dilaporkan sedang memperkema­skan konsol berkenaan dan mahu produk versi baharu itu mengagumka­n peminatnya daripada aspek grafik, perisian, perkakasan dan reka bentuk.

Pengeluar barangan elektronik terkemuka itu juga mahu melewatkan tarikh pengeluara­n bagi membolehka­n lebih banyak judul permainan di pasaran yang menyokong paparan 4K.

Difahamkan, Playstatio­n 5 (PS5) bakal menyokong penuh resolusi 4K dan memberi tandingan yang hebat kepada pencabar terdekat mereka iaitu Microsoft yang mengeluark­an konsol XBOX.

Sony dijangka mengumumka­n pengeluara­n konsol terbaru mereka yang bakal menggantik­an PS4 pada 2020 dan tindakan itu juga dibuat kerana Sony mahu melihat prestasi XBOX terlebih dulu.

Setakat ini, Microsoft sedang giat membangunk­an XBOX versi baru yang dikenali dengan kod nama ‘Scarlett’ yang dikatakan mempunyai kesan grafik maksimum.

 ??  ?? REKA bentuk yang mungkin digunakan oleh Sony untuk versi PS5.
REKA bentuk yang mungkin digunakan oleh Sony untuk versi PS5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia