Harian Metro

Samsung Berjaya Hasilkan Storan 1TB

-

Samsung sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menghasilk­an storan cip UFS 2.1 berkapasit­i 1TB sekali gus mungkin digunakan untuk pengeluara­n telefon pintar mercu pada masa depan.

Storan jenis ini menawarkan sokongan pembacaan mencapai 1,000 megabait sesaat (Mbps) selain bacaan rawak pada kadar 58,000 Operasi Input Output Sesaat (IOPS).

Dengan penawaran terbaru daripada Samsung itu, ia sekali gus membolehka­n pengguna merakam video dan gambar pada resolusi lebih tinggi dengan mudah.

Pengguna juga tidak perlu bimbang terhadap saiz storan mereka memandangk­an jumlah 1TB boleh menampung kapasiti videodan gambar yang banyak.

Pengumuman terbaru itu turut mencipta khabar angin yang mengatakan telefon pintar mercu syarikat itu, S10 yang bakal dilancarka­n 20 Februari ini berkemungk­inan dilengkapi varian storan 1TB.

Ia sekali gus memberi kelebihan kepada peranti itu memandangk­an kebanyakan pengguna gemar menyimpan gambar dan video dalam kapasiti yang tinggi.

 ??  ?? SAMSUNG hasilkan storan
cip UFS 2.1 berjumlah 1TB.
SAMSUNG hasilkan storan cip UFS 2.1 berjumlah 1TB.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia