Harian Metro

Dedah anak kehidupan aktif

-

Kepesatan teknologi turut membawa perubahan besar terhadap tabiat kanakkanak sekali gus memberi cabaran yang hebat untuk ibu bapa dalam membentuk gaya hidup sihat buat si anak supaya ia dapat diteruskan hingga dewasa.

Gajet elektronik, alat permainan video dan peranti mudah alih dilihat seolah-olah menggantik­an aktiviti menyeronok­kan kanak-kanak dan remaja seperti bermain di taman permainan, berekreasi bersama keluarga pada hujung minggu dan pelbagai aktiviti berfaedah lain.

Bagaimanap­un, ibu bapa seharusnya memainkan peranan dengan mengehadka­n penggunaan gajet dalam kehidupan anak dan berusaha menjadikan kehidupan aktif sebagai amalan sekeluarga.

Perkara itu diakui beberapa ibu bapa yang bimbang anak mereka kurang berminat terbabit dalam aktiviti cergas dan lebih rela ‘berhiberna­si’ di dalam bilik melayan gajet mereka akan menjejaska­n masa depan, malah lebih merisaukan apabila kualiti hidup dan kesihatan turut terjejas.

Oleh itu, ada antaranya sejak peringkat awal usia sudah mendedahka­n anak mereka dengan aktiviti cergas dan menyihatka­n seperti mendaki gunung, berlari, berbasikal dan memanah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia