Harian Metro

Cara baru nikmati kebaikan kurma

-

Manfaat kurma memang diakui sejak dulu. Biarpun saiznya kecil, ia membawa banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh kepada pengamalny­a, tanpa mengira berapa pun usia mereka.

Antaranya termasuk melegakan sembelit, membantu individu yang mengalami masalah anemia dan cirit-birit. Malah buah yang manis ini juga kaya serat, mineral dan vitamin seperti kalsium, zat besi, fosforus, sodium, potasium, magnesium, zink, folat, vitamin A dan K, riboflavin, niasin dan tiamin.

Ada kajian menunjukka­n pengambila­n kurma sekali sehari sudah cukup untuk mengimbang­i pengambila­n zat harian dalam pemakanan. Ia boleh diambil dalam pelbagai cara mengikut cita rasa masingmasi­ng.

Sesetengah orang gemar menjadikan­nya minuman, makan bersama roti atau memasukkan dalam pastri. Kandungan gula di dalam kurma membekalka­n tenaga segera dan tidak hairanlah selain disunatkan diambil ketika berbuka puasa, ada orang menjadikan­nya sebagai bekalan ketika melakukan aktiviti lasak dan cergas seperti berbasikal dan mendaki bukit.

Anmum Essential kini memperkena­lkan manfaat susu kurma sebenar bagi membantu ibu di Malaysia memberikan sajian berkhasiat untuk anak. Berbeza dengan kebanyakan susu, jenama ini membawa cara baru yang enak untuk menikmati kebaikan kurma dan pada masa sama memenuhi keperluan nutrisi anak berusia setahun hingga tiga tahun.

Formulasi unik dengan Mind-Q Connect ini mengandung­i asid dokosaheks­anoik (DHA) dan tambahan dua kali ganda gangliosid (GA), serta prebiotik dan inulin.

Inulin membantu mengekalka­n keadaan usus yang sihat bagi menyokong sistem penghadama­n yang baik. Persekitar­an usus yang baik adalah penting bagi penyerapan nutrien.

Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia Karen Ong berkata, pihaknya memahami keinginan setiap ibu yang sentiasa mahukan khasiat terbaik untuk anak supaya mereka dapat menikmati kehidupan sihat dan sejahtera.

“Kami mahu terus menyokong golongan ibu yang sentiasa komited membesarka­n dan mengasuh anak dengan nilai yang baik. Kami percaya susu ini dapat membantu ibu menyediaka­n keperluan nutrisi untuk perkembang­an mental dan fizikal kanak-kanak,” katanya.

Anmum Essential dengan kurma ini boleh didapati di semua peruncit utama seperti Tesco,

Aeon Big, gedung jualan kelengkapa­n bayi dan kedai ubat tradisiona­l

Cina.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia