Harian Metro

HAZARD KUNCI MULUT

-

 Bintang Belgium enggan bicara lanjut mengenai masa depannya bersama Chelsea

“Saya tahu apa yang akan saya lakukan,” kata pemain Belgium itu.

“Saya sudah pun membuat keputusan.”

Hazard sebelum ini kerap menolak untuk menamatkan spekulasi perpindaha­nnya ke Madrid. Baru-baru ini ketika ditanya sama ada dia berminat berpindah ke Bernabeu, dia berkata, “Mengapa tidak?”

Awal musim ini, sumber memberitah­u, Chelsea bersedia menawarkan kontrak baru 290,000 pound (RM1.53 juta)

seminggu jika dia mengetepik­an minat Madrid dan menandatan­gani kontrak jangka panjang.

Tetapi usaha mereka gagal selepas Hazard berulang kali enggan memuktamad­kan masa depannya sehingga tamat musim ini, sekali gus membuka peluang kepada Real Madrid menghampir­inya.

Hazard menyertai Chelsea pada musim panas 2012 dan menjuarai trofi Liga Europa, dua trofi Liga Perdana,

Piala Liga dan Piala FA. Dia juga dipilih Pemain Terbaik musim 2014-15.

Dia juga berpeluang menambah koleksi pingat apabila Chelsea menentang Manchester City dalam aksi final Piala Carabao.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia