Harian Metro

‘Dah tiada harapan’

- AFP

 Impian temui Sala selamat dalam tragedi pesawat sudah berakhir

Penyiasat nahas British melancarka­n operasi bawah air untuk membawa keluar mayat daripada bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala.

“Kami sedang cuba mengeluark­an mayat itu. Sekiranya berjaya, kami akan mempertimb­angkan untuk mengangkat bangkai pesawat itu pula,” kata jurucakap Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dalam satu kenyataan.

Pesawat ringan yang membawa pemain bola sepak berusia 28 tahun itu dan juruterban­g, David Ibbotson ke pasukan barunya di Liga Perdana Inggeris, Cardiff City hilang dari radar berhampira­n pulau Guernsey, pada 21 Januari lalu.

Operasi mencari serpihan bangkai pesawat yang diupah keluarga Sala dengan bantuan bintang bola sepak seperti Lionel Messi, berjaya menemui bangkai pesawat berkenaan pada Ahad lalu.

AAIB kemudianny­a mengambil tugas operasi berkenaan. Pada Isnin, mereka mendedahka­n satu mayat yang tidak dikenali dikesan di kawasan terbabit.

Namun, mereka menegaskan keadaan pasang surut air yang kuat bermakna mereka hanya boleh menggunaka­n kenderaan yang menggunaka­n alat kawalan jarak jauh (ROV) untuk tempoh yang terhad pada setiap hari.

“Atas keputusan itu, kami tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut sehingga pihak keluarga dimaklumka­n,” katanya.

Pencari bangkai pesawat, David Mearns sebelum ini menegaskan yang 'masa adalah sesuatu yang utama' dalam operasi bawah air seperti yang pernah dilakukan Britain di luar perairan utara Perancis.

“Seperti mana tragedi kehilangan ini, ia menjadi terlalu buruk sekiranya mayat tidak dapat ditemui ataupun (keluarga) tidak mendapat sebarang jawapan daripada apa yang berlaku,” kata Mearns.

“Mencari adalah langkah permulaan. AAIB perlu menyiasatn­ya.”

Sala menaiki pesawat untuk menyertai Cardiff dari pasukan lamanya di Perancis, Nantes.

Sala adalah pemain paling mahal yang pernah dibeli Cardiff dalam sejarah kelab dari Wales itu dan menjadi harapan peminat untuk membantu pasukan kekal dalam liga tertinggi Inggeris itu musim depan.

“Tiada lagi harapan,” kata ayah Emiliano, Horacio Sala. “Kami berharap dua mayat ini ditemui (di dalam pesawat). Ia sudah berakhir, apa yang diharapkan, kita dapat menemui mereka.”

 ??  ??
 ??  ?? PEMINAT meletakkan jambangan bunga bagi memperinga­ti tragedi yang menimpa Sala.
PEMINAT meletakkan jambangan bunga bagi memperinga­ti tragedi yang menimpa Sala.
 ??  ?? PIHAK pencari dan penyelamat sedang berusaha mengangkat bangkai pesawat ringan yang membawa Sala.
PIHAK pencari dan penyelamat sedang berusaha mengangkat bangkai pesawat ringan yang membawa Sala.
 ??  ?? EMILIANO sugul, mayat Sala masih belum ditemui.
EMILIANO sugul, mayat Sala masih belum ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia