Harian Metro

Zamri ketuai TSG di Jelajah Asia

-

Kuala Lumpur: Tiada tekanan kepada Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) apabila turun mengharung­i perlumbaan pertama dalam kalendar Jelajah Asia di Filipina bermula esok.

Sebaliknya, mereka bersedia untuk menyahut cabaran mempertaha­nkan kedudukan pertama dalam ranking Jelajah Asia.

“Saya fikir kami tidak mempunyai sebarang tekanan apabila bermula di kedudukan ranking pertama. Kami turut mempunyai pelumba yang mampu mengutip mata untuk mengukuhka­n kedudukan.

“Kami akan cuba kekalkan kedudukan sekarang kerana saya yakin kami mampu.

“Kami hanya perlu kekalkan,” jelas kapten TSG, Mohd Zamri Salleh

Zamri akan mengetuai TSG pada perlumbaan pertama pasukan musim ini dengan menyertai Ronda Pilipinas yang mempertand­ingkan lima peringkat perlumbaan.

Turut tersenarai dalam perlumbaan berstatus 2.2 berkenaan ialah adiknya, Harrif selain Artem Ovechkin,

(gambar).

Maral-Erdene Batmunkh, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Shahrul Mat Amin.

“Kami akan cuba membantu Harrif meraih kemenangan peringkat kerana laluan perlumbaan sesuai dengannya selain cuba mengintai kedudukan terbaik bagi individu keseluruha­n menerusi Ovechkin,” tambahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia