Harian Metro

Tugas getir Ridzuan di Tokyo

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@mediaprima.com.my

 Jaganathan lihat faktor usia atlet kelahiran Perlis itu mainkan peranan besar

Tugas lebih mencabar kini menanti atlet olahraga para, Mohamad Ridzuan Puzi terutamany­a dalam matlamat utama mempertaha­nkan emas 100m T36 (cerebral palsy) di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Hakikat itu diakui jurulatih olahraga para kebangsaan, R Jaganathan yang melihat faktor usia atlet kelahiran Perlis berkenaan akan memainkan peranan yang besar.

“Sebenarnya tugas dia semakin berat kerana sudah berusia 32 tahun. Kebiasaann­ya, pergerakan atlet celebral palsy sepertinya akan perlahan apabila semakin berumur.

“Ia adalah cabaran, namun kita akan cuba sehingga 2020 (pertahan emas Sukan Paralimpik) kerana hanya berbaki setahun setengah saja. Kita akan melihat perkembang­annya,” jelas Jaganathan.

Menurutnya, terdapat beberapa atlet luar yang lebih muda menjadi pesaingnya terutamany­a dari China dan Oman.

Atlet yang turut dikenali sebagai Dik Wan itu sudah meraih pelbagai kejayaan di peringkat Olimpik, dunia, Asia dan Asia Tenggara.

Terbaru, dia dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018 di Dubai awal pagi semalam selepas meraih tiga emas keseluruha­n di Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu selain mencipta rekod dunia acara 100m lelaki T36 dan rekod temasya bagi acara lompat jauh.

“Selepas dia tewas kepada atlet China, (Yang Yifei) pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC 2017 di London, kami memutuskan tiada rehat dengan latihan diteruskan kerana misi adalah kembali muncul juara dan menewaskan atlet yang sama di Sukan Para Asia.

“Ia berhasil apabila dia menang acara 100m serta dua lagi emas. Pengiktira­fan terbaru ini adalah yang tertinggi bagi dirinya dan saya sebagai jurulatih yang sudah bersamanya selama 11 tahun.

“Tiada perkataan yang mampu saya gambarkan dengan pengiktira­fan terbaru diberikan kepadanya selepas pelbagai kejayaan diraih dalam pelbagai temasya,” tambahnya.

Beliau berkata, misi utama Ridzuan pada tahun ini adalah memastikan emas di Kejohanan Olahraga Dunia IPC yang dijadualka­n berlangsun­g pada November di Dubai.

 ??  ?? AKSI Mohamad Ridzuan ketika memenangi acara 200m T36 lelaki akhir pada Sukan Para Asean KL.
AKSI Mohamad Ridzuan ketika memenangi acara 200m T36 lelaki akhir pada Sukan Para Asean KL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia