Harian Metro

Tunggu Jun nanti

-

Kuala Lumpur: Impian Malaysia untuk menganjurk­an Piala Dunia Hoki Lelaki 2022 akan hanya ditentukan Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH), Jun nanti.

Badan induk hoki dunia berkenaan menerusi kenyataan di laman webnya mengesahka­n, Lembaga Eksekutif FIH akan membuat keputusan akhir mengenai tuan rumah bagi saingan lelaki dan wanita itu.

Malaysia antara empat negara yang membida untuk menganjurk­annya selain India, Jerman dan Sepanyol selepas tarikh tutup berakhir pada 31 Januari lalu.

Malaysia dilaporkan mencadangk­an kejohanan berlangsun­g dari 1 hingga 17 Julai, tarikh sama yang dikemukaka­n Sepanyol serta Jerman.

Manakala, India pula mencadangk­an 13 hingga 29 Januari 2023.

Ia tarikh sama seperti yang dicadangka­n Australia dan New Zealand bagi saingan wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FIH, Thierry Weil menjelaska­n, mereka kini dalam proses menilai bidaan yang dikemukaka­n dengan keputusan hanya diketahui pertengaha­n tahun ini.

“FIH gembira dengan sambutan hangat untuk menjadi tuan rumah. Secara tidak langsung menunjukka­n kejohanan ini amat menarik,” katanya.

Kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah ialah pada 1975 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan selepas itu pada 2002 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 ?? Thierry Weil ?? FIH gembira dengan sambutan hangat untuk menjadi tuan rumah. Secara tidak langsung menunjukka­n kejohanan ini amat menarik”
Thierry Weil FIH gembira dengan sambutan hangat untuk menjadi tuan rumah. Secara tidak langsung menunjukka­n kejohanan ini amat menarik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia