Harian Metro

Besar kepala

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Angkuh, cakap besar dan ponteng ketika latihan adalah masalah yang dihadapi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) musim lalu.

Malah, ada antara pemain negeri itu yang dilabel ‘anak emas’ sebelum ini, sanggup membelakan­gkan persatuan termasuk tidak hadir ketika perlawanan selepas mendapat ‘nama’ di pentas kebangsaan.

Itu pendedahan yang bagaikan tidak sanggup lagi disembunyi­kan Presiden PSNT, Mohd Shapian Ali selepas melihat skuad negeri sekadar berada di tempat kelapan daripada sepuluh pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) Premier musim lalu biarpun bermula baik pada pusingan pertama.

Tidak mahu mendedahka­n nama pemain terbabit, ‘orang kuat’ sukan sepak takraw Terengganu itu menyatakan pemain terbabit kini bakal berdepan tindakan tatatertib termasuk mungkin disingkirk­an atas kesalahan disiplin.

“Kami kesal selepas perbelanja­an yang begitu besar dalam saingan STL musim lalu, ada pemain menunjukka­n sikap dan perangai yang langsung tidak profesiona­l ketika khidmatnya ditagih.

“Pemain berkenaan begitu sombong, angkuh, cakap besar dan ada kalanya tidak datang ketika latihan dan perlawanan. Pada masa sama, dia seolah-olah tidak sedar bahawa dia dapat imbuhan daripada kerajaan negeri.

“Tewas ketika bertanding itu adat pertanding­an, tapi sikap tidak profesiona­l dan buat perangai ini yang menyebabka­n kami tidak berpuas hati dengannya.

“Walaupun pemain itu berbakat, tapi jika tidak ada disiplin mungkin kita akan ketepikan daripada mewakili negeri dalam mana-mana kejohanan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, PSNT tidak mahu isu berkenaan menjadi barah kepada pemain lain jika tidak dibendung.

“Kita harap ia menjadi pengajaran kepada pemain lain kerana salah satu asas kejayaan adalah disiplin yang tinggi. Kami harap pemain berkenaan tidak mengulangi sikap tidak profesiona­l itu,” kata Shapian.

 Shapian kesal ‘anak emas’ PSNT tak profesiona­l

 ??  ?? AKSI pemain Terengganu (kanan) ketika berdepan
Kelantan pada saingan STL Premier
musim lalu.
AKSI pemain Terengganu (kanan) ketika berdepan Kelantan pada saingan STL Premier musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia