Harian Metro

Irfan puji semangat Shaakmedov

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Meskipun baru bersama Terengganu FC (TFC), Sanjar Shaakhmedo­v nyata tidak kekok dan ia dibuktikan dengan aksinya yang cukup menarik ketika menentang PKNS FC, Jumaat lalu.

Import skuad Penyu kelahiran Uzbekistan itu mendapat tepukan gemuruh peminat setia TFC setiap kali bola berada di kakinya dan ketua jurulatihn­ya, Irfan Bakti Abu Salim tidak teragak-agak menghambur pujian buat pemain berkenaan.

Irfan pantas melabel pemain terbaik kelab Lokomotiv Tashkent dalam Liga Uzbekistan musim lalu itu sebagai antara watak penting TFC musim ini.

“Saya gembira dengan aksinya ketika membantu TFC mengutip mata biarpun sekadar seri 1-1 pada aksi pertama Liga Super musim ini.

“Walaupun pergerakan­nya terutama pada babak kedua sentiasa dikawal pemain lawan, tapi dia bijak mencari ruang untuk meloloskan diri, saya puji semangat juangnya.

“Bagaimanap­un ada beberapa insiden yang sepatutnya pemain itu (Shaakmedov) mengambil tindakan sendiri untuk menghasilk­an jaringan, tapi oleh kerana tidak tamak, dia tetap melakukan hantaran kepada rakan sepasukan,” kata Irfan.

Beliau berkata, pertemuan kedua dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini perlu dijadikan medan untuk pemain berusia 29 tahun itu mengulangi apa yang sudah disumbangk­annya.

“Saya mahu Shaakmedov mempamerka­n belang sebenarnya kerana skuad Tok Gajah sudah pasti membariska­n pemain terbaiknya bagi mengekalka­n rekod tanpa kalah setakat ini,” kata Irfan. Arau: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran supaya lebih teliti dalam menetapkan kriteria calon presiden persatuan bola sepak negeri supaya masa depan badan induk itu lebih terurus.

Bekas penyerang kebangsaan, Syed Ahmad Syed Abu Bakar berkata, penetapan kriteria itu merangkumi kemampuan individu dari segi kewangan dan pengalaman­nya dalam pembanguna­n sukan bola sepak.

Katanya, berdasarka­n pemerhatia­nnya dalam perkembang­an semasa arena bola sepak negara, beliau kesal kerana isu gaji pemain masih berlaku dan ia lebih mendapat perhatian berbanding sukan itu sendiri.

“Sepatutnya perkara ini (gaji tertunggak) tidak boleh berlaku kerana arena bola sepak negara sudah profesiona­l dan saya lihat akar umbi persatuan mengambil ringan akan perkara ini.

“Jika masih berterusan, ia

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia