Harian Metro

Taj fobia kena ‘kencing’ “D

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

ulu kata ada bajet hingga RM15 juta. Sekarang mana perginya? Saya bersetuju untuk menyertai Perlis selepas yakin bahawa mereka ada duit dan masalah tunggakan gaji tidak mungkin berlaku lagi ke atas saya.

“Tapi sekarang, saya dan rakan-rakan lain macam kena ‘kencing’,” kata tonggak pertahanan Perlis, Amirizdwan Taj Tajuddin.

Amirizdwan berhak untuk merasakan dirinya dianiaya kerana dia pernah dua kali ‘terkena’ sewaktu bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan sebelum ini.

Justeru, fobia akibat tidak dibayar gaji masih berbekas di hatinya dan paling mengecewak­an, dia sekali lagi berdepan masalah sama walaupun saingan liga baharu saja bermula.

Katanya, Presiden Persatuan Bolasepak Perlis

(PFA), Datuk Amizal Shaifit Ahmad Rafie sendiri pernah mengakui bahawa mereka mempunyai bajet RM15 juta untuk mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini dan beliau memujuknya untuk menyertai skuad Singa Utara.

Berpegang pada janji itu, bekas pemain kebangsaan berkenaan bersetuju untuk memperkuat­kan skuad Perlis bersama beberapa tonggak senior lain seperti Safee Sali, Khyril Muhymeen, Badri Radzi, Azmi Muslim dan Nasriq Baharom.

“Mana RM15 juta? Beliau kata bajet itu untuk pasukan utama Perlis hingga hujung musim ini. Takkan habis atau sebenarnya beliau ‘kencing’ saya.

“Masalahnya liga baharu lagi, tapi saya dan kawan-kawan lain tak dibayar langsung dari bulan lepas dan esok (hari ini) sudah masuk bulan kedua.

“Saya harap beliau akan dapat selesaikan masalah ini segera. Jangan aniaya pemain kerana masa pujuk cakap memang ‘power’, tapi sebenarnya habuk pun tak ada,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Terdahulu, PFA menerima tamparan hebat apabila bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mendedahka­n dia masih belum menerima gaji yang sepatutnya dibayar pada 7 Januari lalu.

Memasuki bulan kedua, PFA masih lagi belum melunaskan apa-apa bayaran gaji dengan pemain memberi bayangan akan meninggalk­an pasukan sekiranya tidak dibayar hari ini.

Jika benar semua pemain memilih untuk ‘angkat kaki’, Perlis berdepan risiko untuk menghadapi UiTM FC, Jumaat ini dengan kemungkina­n mereka gagal menghadiri perlawanan kedua itu seperti mana yang berlaku kepada Kuantan FA musim lalu.

Pada 15 April 2018, aksi Kuantan FA dan PDRM di Stadium Shah Alam terpaksa dibatalkan selepas anak buah Ismail Zakaria tidak hadir pada waktu perlawanan bermula sebagai tanda protes terhadap kegagalan pengurusan menyelesai­kan tunggakan gaji mereka.

“Pasal nak keluar daripada pasukan, itu saya tak tahu.

Kena tanya pemain lain. Bagi saya, kita masih ada kontrak dan perlu menghormat­i kontrak itu,” katanya.

 Tonggak Perlis kecewa presiden hanya beri janji manis

 ?? Amirizdwan Taj Tajuddin ?? Jangan aniaya pemain kerana masa pujuk cakap memang ‘power’, tapi sebenarnya habuk pun tak ada”
Amirizdwan Taj Tajuddin Jangan aniaya pemain kerana masa pujuk cakap memang ‘power’, tapi sebenarnya habuk pun tak ada”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia