Harian Metro

Gol sulung tingkat motivasi Shakir

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Pemain import Kedah, Shakir Hamzah melabel gol pertama yang dijaringka­n dalam perlawanan pertama Liga Super menentang PKNP FC, Sabtu lalu sebagai suntikan motivasi untuk mempamer aksi lebih menarik bersama Lang Merah selepas ini.

Lebih manis, ia adalah jaringan peribadi pertama Shakir dalam perlawanan sulung dan dia mengaku belum pernah berbuat demikian pada mana-mana perlawanan pertamanya.

“Seumur hidup, saya belum pernah jaringkan gol pada perlawanan pertama. Ini kali pertama saya beraksi dalam Liga Malaysia bersama Kedah dan jaringan ini memberi saya suntikan motivasi untuk aksi seterusnya

nanti.

“Apa yang saya fikiran adalah mahu beri yang terbaik dan pastikan Kedah menang.

“Saya menganggap setiap gol dan peluang yang kita dapat itu adalah rezeki dan saya juga menghargai setiap sokongan penuh semangat daripada penyokong Kedah yang hadir,” katanya.

Bekas pemain Home United yang turut beraksi untuk skuad kebangsaan Singapura sejak 2012 itu yakin dengan persediaan serta percaturan yang dibuat ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak.

“Untuk persediaan menentang Perak, kita akan kekal fokus, disiplin, perancanga­n serta taktikal yang akan diaturkan ketua jurulatih.

“Kita akan beraksi sebagai satu pasukan, sama seperti yang kita tunjukkan dalam perlawanan pertama menentang PKNP FC,” kata Shakir.

Mengenai keserasian­nya bersama rakan sepasukan terutama di bahagian pertahanan, Shakir berkata, keharmonia­n dan kerjasama antara pemain semakin mantap namun mereka perlu terus berusaha.

“Saya harus terus belajar untuk menjadi pemain lebih baik, kalau saya cepat puas hati, saya tak akan berjaya... saya kena terus belajar lagi.

“Saya masih dalam proses belajar dan saya juga belum mencapai tahap 100 peratus kerana di awal musim ini saya perlu terus belajar dan memahami corak permainan rakan sepasukan.

“Ini membuatkan saya mahu terus berusaha dengan lebih gigih bersama rakan sepasukan dalam membantu melakar kejayaan kerana untuk penyokong Kedah, saya tak mahu kecewakan mereka,” katanya.

Dahi pengendali skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee pasti berkerut seribu selepas Selangor mengesahka­n mereka tidak akan melepaskan bintang mudanya, Syahmi Safari bagi menjalani latihan bersama skuad B-22 yang dijadualka­n bermula Ahad ini.

Kim Swee yang dalam rangka persiapan menjelang Kejuaraan AFF B-22 di pada 17-26 Februari di Phnom Penh, Kemboja, terpaksa memikirkan pengganti baharu untuk mengisi kekosongan Syahmi di posisi pertahanan kanan itu.

Menurut pengendali skuad Red Giants, B Sathianath­an, keputusan itu terpaksa diambil demi kebaikan pasukan Selangor yang terdesak memburu kemenangan selepas diikat FELDA United pada aksi sulung kempen Liga Super, Ahad lalu.

Malah, Syahmi yang baharu pulih daripada kecederaan hamstring ketika bersama skuad Harimau Malaya di Piala AFF, Disember lalu, bakal memainkan peranan lebih besar berdepan Petaling Jaya City,

Sabtu ini selepas seka-

(gambar)

dar bermula sebagai pemain gantian di Stadium Shah Alam hujung minggu lalu.

“Ini bukan keputusan (tidak lepaskan Syahmi) saya seorang tetapi keputusan dari pengurusan atasan. Saya sudah berbincang dengan pengurus, Datuk Abdul Rauf Ahmad dan kami terpaksa menghalang dia mengikut skuad kebangsaan.

“Lagipun, dia baharu seminggu pulih daripada ke-

 ?? Shakir Hamzah ?? HADIN meraikan jaringan penyamaan berdepan Selangor. Seumur hidup, saya belum pernah jaringkan gol pada perlawanan pertama. Ini kali pertama saya beraksi dalam Liga Malaysia dan jaringan ini memberi suntikan motivasi untuk aksi seterusnya nanti”
Shakir Hamzah HADIN meraikan jaringan penyamaan berdepan Selangor. Seumur hidup, saya belum pernah jaringkan gol pada perlawanan pertama. Ini kali pertama saya beraksi dalam Liga Malaysia dan jaringan ini memberi suntikan motivasi untuk aksi seterusnya nanti”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia