Harian Metro

Saddil senjata baharu Tok Gajah

-

Kuala Lumpur: Kelincahan penyerang Pahang dari Indonesia, Saddil Ramdani

bakal menjadi ‘senjata’ utama Tok Gajah dalam mencorak serangan secara menyeluruh ke kubu lawan.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, walaupun Saddil dilihat memiliki perwatakan sebagai seorang pemalu, namun pemain itu boleh berubah 100 peratus ketika di atas padang.

Katanya, komitmen dan kesungguha­n yang dipamerkan Saddil mampu membantu Tok Gajah mengekalka­n rentak kemenangan untuk perlawanan akan datang.

“Sudah tentu dengan adanya Saddil, kami mampu mencorak serangan bertali arus ke kubu lawan dan saya melihat dia boleh pergi lebih jauh dengan keupayaan dan komitmen yang ditunjukka­n untuk pasukan,” katanya.

Sementara itu, Saddil berkata, dia tidak ada masalah untuk mempamerka­n aksi cemerlang kerana semakin serasi dengan semua rakan

(gambar)

sepasukan.

“Saya memang seorang pemalu bila berdepan orang ramai namun jika atas padang, perkara itu tidak jadi masalah kerana bagi saya segala-galanya adalah demi pasukan.

“Kemenangan ketika menentang Kuala Lumpur adalah untuk pasukan dan saya gembira menjadi pemain pertama menjaringk­an gol buat Pahang musim ini,” katanya.

Selain itu, bekas pemain kelab Persela Lamongan itu berkata, dia mahu membalas jasa Pahang dengan membantu skuad menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

“Saya senang dan puas hati berada di Pahang dengan setiap pemain termasuk jurulatih dan pengurusan yang banyak membantu,” katanya.

 ?? Saddil Ramdani ?? Kemenangan ketika menentang Kuala Lumpur adalah untuk pasukan dan saya gembira menjadi pemain pertama menjaringk­an gol buat Pahang musim ini”
Saddil Ramdani Kemenangan ketika menentang Kuala Lumpur adalah untuk pasukan dan saya gembira menjadi pemain pertama menjaringk­an gol buat Pahang musim ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia