Harian Metro

Usah selalu salahkan pengadil “J

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

urulatih jangan terlalu suka mencari kesalahan pengadil.” Itu nasihat pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh apabila melihat beberapa jurulatih sering menyalahka­n pengadil apabila berlaku kekasaran atau kesalahan di atas padang.

Beliau berkata, mutu pengadilan bola sepak Malaysia tidaklah seteruk yang disangka malah pihak berkaitan sentiasa mengambil inisiatif memperting­katkan lagi ke“Bola bolehan mereka untuk mengadili perlawanan.

Katanya, setiap jurulatih perlu memberi ruang kepada pengadil untuk mengadili perlawanan dan menerima keputusan yang mungkin tidak memenuhi kehendak mereka.

sepak adalah sukan yang agresif dan pemain sentiasa berdepan kekasaran yang menyebabka­n mereka mungkin cedera.

“Mutu pengadilan bola sepak kita tidaklah seteruk yang disangka kerana mereka menjalani latihan dan kursus. Jadi, mereka bukan dilantik sebagai pengadil tangkap muat saja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengurus Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa mengkritik mutu pengadilan Zulkarnain Zakaria yang didakwa tidak mengam bil tindakan terhadap pemain yang melakukan terjahan kasar pada aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor, Sabtu lalu.

Malah, Figueroa juga meminta pengadil memainkan peranan melindungi pemain dengan mengenakan tindakan lebih berat kepada mereka yang melakukan kekasaran.

Sementara itu, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Ali mengakui terdapat keputusan pengadil yang boleh dipertikai­kan namun tidak perlu meletakkan semua kesalahan serta keburukan terhadap pegawai perlawanan.

“Adat bola sepak... ada yang melakukan kekasaran yang mungkin dianggap teruk namun pengadil akan memainkan peranan untuk menjatuhka­n hukuman terhadap pemain terbabit.

“Sebagai jurulatih, tidak perlulah menuding jari kepada pengadil dan perlu melihat daripada pelbagai sudut lain juga yang menyebabka­n keputusan tidak menyebelah­i pasukan,” katanya.

 Mutu pengadilan bola sepak tidak seteruk disangka

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia