Harian Metro

Sorok dalam bekas cermin mata

-

Tawau: Helah seorang lelaki menyorokka­n dadah dalam bekas menyimpan cermin mata berjaya dikesan polis dalam serbuan di tingkat bawah sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Batu 2 Jalan Apas, di sini, petang kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, diketuai Inspektor Syed Muhammad Iqbal Syed Yassin kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, serbuan dijalankan susulan maklumat risikan mengenai kegiatan pengedaran dan penyalahgu­naan dadah di kediaman berkenaan.

Katanya, semasa pemeriksaa­n ke atas tubuh badan suspek, polis tidak mengesan apa-apa barang terlarang namun selepas pemeriksaa­n lanjut kemudianny­a telah menemui satu bekas kotak menyimpan cermin mata berwarna putih di atas lantai di dalam salah satu bilik di rumah berkenaan.

“Terdapat enam peket plastik lut sinar berlainan saiz yang di dalamnya mengandung­i bahan ketulan hablur jernih dengan anggaran berat 5.2 gram disyaki dadah jenis syabu bernilai RM500.00,” katanya dalam kenyataan semalam.

Fadil berkata, siasatan awal mendapati suspek seorang penganggur memperoleh bekalan dadah daripada pengedar tempatan dipercayai untuk diedarkan dan dijual selain kegunaan sendiri.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methampath­amin selain mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah di Penampang, Sandakan dan Tawau antara 2015 hingga 2017.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut masing-masing mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? POLIS merampas dadah jenis syabu disorok dalam bekas menyimpan cermin mata.
POLIS merampas dadah jenis syabu disorok dalam bekas menyimpan cermin mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia