Harian Metro

Leka sabung ayam tambah ‘ang pau’

-

Mukah: Hasrat empat tahi judi mencari ‘ang pau’ tambahan sempena Tahun Baharu Cina dengan menyabung ayam terkubur selepas lokasi perjudian di Bukit Ambun, di sini, diserbu polis, petang kelmarin.

Dalam serbuan jam 2 petang itu, polis menahan empat lelaki berusia 28 hingga 48 tahun sedang leka menyabung ayam tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superinten­dan Jimmy Panyau berkata, serbuan itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah hasil risikan dan maklumat awam.

Menurutnya, lokasi perjudian itu terletak di kawasan tersorok daripada pandangan penduduk setempat kerana penganjur bimbang kegiatan mereka dihidu polis.

Difahamkan, semua suspek menyabung ayam untuk mencari ‘wang tambahan’ dan lokasi berkenaan sudah dijadikan tempat perjudian sejak beberapa hari lalu.

“Dalam serbuan berkenaan, polis merampas wang tunai RM353, bangkai ayam, ayam hidup, alat penimbang, taji, papan tulis serta kanvas.

“Semua suspek kemudianny­a ditahan dan dibawa ke IPD Mukah dan kini direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiaya­an Terhadap Binatang 1963 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Tambahnya, polis giat mengesan aktiviti perjudian di daerah ini dan orang ramai digesa tampil menyalurka­n maklumat.

 ??  ??
 ??  ?? SERBUAN anggota Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah di gelangang sabung ayam.
SERBUAN anggota Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah di gelangang sabung ayam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia