Harian Metro

Lokasi panas dadah

- Oleh Norsyazwan­i Nasri bhnews@nstp.com.my

 AADK, PDRM digesa bendung penularan di kalangan belia

Bahagian Samarahan dikategori­kan sebagai antara ‘lokasi panas’ penyalahgu­naan dadah di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Datuk Idris Buang berkata, beliau mahu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah lebih agresif membendung penularan aktiviti terbabit, terutama membabitka­n golongan belia di kawasan berkenaan.

“Kita sedih apabila mendengar generasi muda terutama anak yang masih bersekolah bergeluman­g dengan najis dadah. Sehubungan itu, langkah menyeru tindakan tegas diambil AADK dan polis bagi membendung masalah ini daripada terus menular,” kata- nya selepas meng- hadiri Majlis Program Kampungku Bersih Dari Dadah 2019 Peringkat Bahagian Samarahan di Dewan Suarah, di sini, semalam.

Idris ketika mengulas lanjut berkata, tanggungja­wab memerangi najis dadah perlu dilaksanak­an bermula di akar umbi.

“Namun saya kesal kerana ketiadaan wakil polis dalam menjayakan program kemasyarak­atan ini, malah akan meminta penjelasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan mahupun Polis Sarawak berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, tanpa pembabitan polis, usaha memerangi masalah menjadi sia-sia.

“Membantera­s gejala dadah ini diibaratka­n seperti peperangan, kalau tidak ada askar atau polis bagaimana kita hendak melumpuhka­n musuh,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Samarahan Mohd Ainie Wahab berkata, pihaknya merancang memperluas­kan program itu di semua kampung dalam kawasan itu.

“Ada 55 kampung di bahagian ini. Pada masa ini, kita berjaya melaksanak­an program berkenaan di 26 kampung dan berharap ia dapat diperluask­an di masa akan datang,” katanya.

dadah

 ??  ?? IDRIS (dua dari kiri) merasmikan Program Kampungku Bersih Dari Dadah 2019 peringkat Bahagian Samarahan di Dewan Suarah.
IDRIS (dua dari kiri) merasmikan Program Kampungku Bersih Dari Dadah 2019 peringkat Bahagian Samarahan di Dewan Suarah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia