Harian Metro

DBKU jadi model larangan merokok

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

 Penguatkua­saan di Sarawak bermula 1 Mac depan

Kerajaan negeri mahu menyeragam­kan penguatkua­saan larangan merokok membabitka­n Ordinan Kerajaan Tempatan Sarawak dengan mengambil kira model penguatkua­saan larangan merokok dilaksanak­an Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, kerajaan negeri menyokong penuh penguatkua­saan larangan itu di kawasan awam termasuk restoran di Sarawak berkuatkua­sa pada 1 Mac depan.

“Bagaimanap­un, undang-undang itu berdasarka­n kuasa Kerajaan Persekutua­n sebelum kerajaan negeri meminda Ordinan Kerajaan Tempatan Sarawak. Kita tidak mahu berlaku pelaksanaa­n dua undang-undang berbeza mengikut kesalahan sama.

“Justeru, kerajaan negeri dan Kementeria­n Kesihatan akan berunding demi memastikan kelancaran pengua kuasaan larangan merokok di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini,” katanya selepas ditemui sempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediamanny­a di Jalan Wan Abdul Rahman.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Jalan Pesisir, Datuk Julaihi Narawi.

Pada 25 Januari lalu, Kerajaan Sarawak mengumumka­n penguatkua­saan larangan merokok di premis makanan, termasuk restoran bermula 1 Mac ini.

Kerajaan negeri menggunaka­n pendekatan sama ditetapkan Kementeria­n Kesihatan iaitu perokok dibenarkan merokok dalam jarak tiga meter dari restoran.

Kui Hian yang juga pakar jantung, ketika mengulas lanjut berkata, kerajaan negeri sedar hak perokok dan tidak merokok.

“Perokok juga sedia mengetahui merokok tidak baik kepada kesihatan mereka dan orang lain. Namun untuk memaksa perokok berhenti tidak boleh dilakukan kerana mereka masih memerlukan ruang sebelum berhenti secara total,” katanya.

 ??  ?? ABANG Johari dan isteri menggaul yee sang ketika mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Dr Sim di Jalan Wan Abdul Rahman, Kuching.
ABANG Johari dan isteri menggaul yee sang ketika mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Dr Sim di Jalan Wan Abdul Rahman, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia