Harian Metro

RM1j bantu naik taraf rumah

-

Peruntukan RM1 juta setahun diperuntuk­kan kerajaan negeri kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi kelebihan terutama dalam menyediaka­n bantuan kepada penduduk diwakili.

ADUN Tasik Biru, Datuk Hendry Jinep berkata, bantuan terbabit bagi kawasan diwakiliny­a digunakan bagi menyediaka­n penempatan lebih sempurna kepada penduduk miskin.

“Semua kaum di kawasan diwakili menerima bantuan terutama membabitka­n masyarakat Cina. Sejak dua tahun lalu, sebanyak 50 kediaman mereka sudah dinaik taraf.

“Dengan kelebihan peruntukan RM1 juta setahun itu, banyak program membangunk­an rakyat dapat dilaksanak­an,” katanya selepas menghadiri program pengagihan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di Pekan Bau, di sini, semalam.

Sebanyak 72 ADUN GPS layak menerima agihan.

 ??  ?? HENDRY (tengah) menghadiri program pengagihan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di Pekan Bau.
HENDRY (tengah) menghadiri program pengagihan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di Pekan Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia